Isnin, 23 Oktober 2017

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

  Hariz       Isnin, 23 Oktober 2017
Ya,anda berada di tempat yang betul! Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) telah mengeluarkan senarai mereka yang layak menduduki peperiksaan online PTD 2017 yang akan berlangsung pada 3 November 2017. Jika anda masih belum melakukan semakan,boleh berbuat demikian disini:

http://e-semakanntt.spa.gov.my/



Tahniah diucapkan jika anda merupakan salah seorang calon exam PTD pada kali ini. Namun sepertimana peperiksaan yang lain,persediaan yang jitu perlu dilakukan bagi memastikan peluang anda untuk LULUS adalah lebih tinggi.


Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Peperiksaan ini dijalankan bagi mengukur kematangan pemikiran calon sebagai seorang bakal Pegawai Tadbir Diplomatik. Kelulusan peperiksaan ini juga merupakan syarat ke skim tersebut.

Peperiksaan PTD sebelum ini melibatkan empat kertas berasingan. Calon wajib menjawab kesemua soalan dan dinasihatkan agar tidak memfokuskan bahagian tertentu sahaja kerana penilaian dibuat berdasarkan prestasi keseluruhan calon.


Berdasarkan  hebahan  oleh  pihak  SPA, format  soalan  exam  online  PTD pada tahun  ini hanya merangkumi 2 SEKSYEN sahaja :

Seksyen A : Pengetahuan Am.


Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah



FORMAT    DAN    CONTOH    SOALAN    EXAM    ONLINE PEGAWAI    TADBIR DIPLOMATIK (PTD) M41

PENTING : Ini BUKAN soalan bocor atau soalan ramalan!

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
Contoh Soalan:
1. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai

A. Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa
B. Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa
C. Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi  dan sosial antarabangsa
D. Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan Keselamatan antara negara-negara

2. Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI

A. Menggubal dasar Kerajaan Tempatan
B. Mengawal status perbandaran
C. Melantik Datuk Bandar
D. Melantik ahli majlis

3. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja

I. Kewarganegaraan
II. Bahasa Kebangsaan
III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV

4. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali :

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
4. Rang Undang-undang dibacakan 3 kali sebelum diluluskan bertempat di

A. Dewan Negara
B. Dewan Rakyat
C. Dewan Undangan Negeri
D. Mensyuarat  Majlis Raja-Raja

5. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 diwujudkan untuk

I. Memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta
II. Melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan
III. Mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan
IV. Menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV

6. Pilih jabatan dan agensi yang BUKAN di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri

A. Jabatan Audit Negara
B. Jabatan Sukarelawan Malaysia
C. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
D. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

7. Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya Sukan Komanwel 1998 dan mendapat tempat keempat dengan pungutan keseluruhan 38 pingat. Berapakah jumlah pingat emas yang dimenang oleh Malaysia pada tahun tersebut?

A. 10
B. 11
C. 15
D. 7

8. Bukan semua Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi Perdana Menteri tetapi semua Perdana Menteri kecuali Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Siapakah antara berikut tidak pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

A. Tun Dr Ismail Abdul Rahman
B. Tan Sri Mohamad Ghazali Shafie
C. Tun Ghafar Baba
D. Tun Musa Hitam

9. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada :

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A Kementerian Kewangan.
  • B Kementerian Dalam Negeri.
  • C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
  • D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

11. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:


i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

1
  1. Apakah nilai paling sesuai bagi X?
2
2. Urutan yang terakhir ialah rajah
cth_01_soalan_penguasa_kastam

Jawapan: C

3. Apakah nilai paling sesuai bagi A?
cth_02_contoh_soalan_pengusa_kastam
  • A. 2
  • B. 3
  • C. 4
  • D. 5
Jawapan: B

Teknik menjawab:

94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :- Kadar cukai Di Malaysia

Untitled.png
1.Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan - B

2.Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan - C

3.Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan - C

Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal. Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?

4. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun
2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

4
Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah
A
30
B
60
C
80
D
140
Jawapan: B


Teknik menjawab:


Jumlah kamera digital yang dijual
= 290 buah

Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011
= 150 buah

Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013
= 290 – 150

Oleh yg demikian,
= 140 buah



3:4 = 140 buah


1 buah = 140/7 = 20


dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii) Konsep Matematik

Bagi bahagian matematik ini, mengikut 'feedback' yang diterima kebiasaannya soalan di bahagian tengah adalah soalan yang agak sukar atau agak melengahkan masa. Anda hanya akan membazirkan masa jika bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan semua soalan mengikut turutan. Sebaiknya, selesaikan semua soalan yang ringkas dan mudah terlebih dahulu. Kami yakin yang anda tidak akan kesuntukan masa namun jika ini berlaku, operasi ‘tembakan rawak’ boleh dijalankan. Tapi biarlah ianya menjadi senjata terakhir anda! Apa yang penting untuk seksyen ini ialah minda anda haruslah cekap mengira. Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan ‘soalan matematik’ bagi seksyen B;

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut

a. 28
b. 49
c. 56
d. 62
e. 64
Jawapan: A

Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

2. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

a. 27
b. 30
c. 33
d. 36
e. 37
Jawapan: A

Soalan 3 – 10 tidak disediakan jawapan (SEKADAR CONTOH UNTUK MENERANGKAN PECAHAN INI – Soalan dan Jawapan di ruangan ‘Contoh Soalan’). FOKUS untuk mengetahui PECAHAN SOALAN ini terlebih dahulu

3. Guru-guru dan ibubapa di SMKA Arau mengutip derma kilat untuk mangsa gempa bumi Indonesia mengikut nisbah 5:9. Ibubapa telah mengutip sebanyak RM4500. Kirakan jumlah derma yang dikutip.

a. RM2000
b. RM2500
c. RM5000
d. RM7000
e. RM9000

4. Jarak antara pekan M dengan pekan N ialah 200KM. Sebuah bas meninggalkan pekan M dan tiba di pekan N pada jam 11.20 a.m dengan laju purata 80km/j. Pada pukul berapakah bas itu meninggalkan pekan M?

a. 8.30 a.m
b. 8.50 a.m
c. 9.30 a.m
d. 9.50 a.m
e. 10.10 a.m

5. Cari median bagi taburan nombor ini:
|23|25|23|23|24|25|24|25|

a. 23.5
b. 24
c. 24.5
d. 25
e. 25.5

6. Cari markah min dari jadual di bawah
Untitled.png
a. 28
b. 31
c. 32
d. 33
e. 35

7. Jadual di bawah menunjukkan nilai pembolehubah x dan y untuk fungsi y=2x2 – 3x- 2. Carikan nilai p

Untitled.png
a. -2
b. 1
c. 2
d. 3
e. 0

8. x(x-2y)-(y-x)2 =

a. –y2
b. 2x2 -y2
c. 2xy-y2
d. -2xy-y2
e. y2 -x

9. Husna mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

a. 2.05
b. 5.55
c. 8.45
d. 10.55
e. 9.65

10. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir

a. 309000
b. 309600
c. 310000
d. 310600
e. 310028

Tak susah bukan? Kebanyakannya boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas. Sekali lagi disarankan, anda cuba set-set soalan matematik PMR dan SPM bukan untuk belajar semula, tetapi mengasah balik kecekapan anda dalam matematik. Benda seperti ini bila ditinggalkan dan kita pula selalu dengan penggunaan kalkulator  akan membuatkan daya congakan kita sedikit tumpul. Jadi tajamkan semula dengan melihat set-set soalan peperiksaan.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41


Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 merupakan antara jawatan penting dalam pentadbiran negara kita. Hanya mereka yang berlayakan akan mengisi jawatan penting ini. Berikut descripsi tugas PTD:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.”

Bidang tugas PTD tidak hanya di Malaysia, malah di luar negara seperti di kedutaan, konsul dan sebagainya. Mereka adalah penjawat awam penting dalam pentadbiran setiap organisasi ini. Boleh dikatana PTD adalah tulang belakang kepada pentadbiran negara Malaysia.


Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan gambaran jelas mengenai Peperiksaan pegawai  tadbir diplomatik, calon boleh dapatkan panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang dikeluarkan dalam masa terdekat

Panduan ini lengkap dengan contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan sekma jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut.


Walaupun banyak maklumat yang berkaitan dengan contoh peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 di carian google, di dalam EBOOK ini terkumpulnya semua maklumat yang akan membantu calon membuat persediaan awal lebih tersusun dan terperinci.

Apa Yang Terkandung Dalam Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Segala  ilmu  serta  info  yang  terkandung  di  dalamnya  merupakan  ilmu  serta informasi yang  real  yang  datang  dari  pengetahuan  serta  pengalaman  mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.



Jika anda mencari-cari buku rujukan untuk dibaca di kedai-kedai buku, anda tidak akan menjumpai sebarang buku khas untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Ini adalah kerana, skop soalan peperiksaan yang sangat luas dan melibatkan isu semasa. Isu semasa pula berubah-ubah. Jadi, tiada satu pun buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Bagaimana ProfHariz Membantu Anda Untuk Lulus Exam PTD 2016 ?


Untuk anda mengetahui tips dan contoh soalan serta info terkini berkaitanPeperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 2017 anda perlulah isi maklumat anda di Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. InshaAllah berikut merupakan testimoni Calon yang saya bantu mereka dan berjaya.


Tekan Link Ekslusif Ini Untuk DAFTAR Segera dengan Prof Hariz 
logoblog

Thanks for reading Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan