Header Ads

Adira , Azhar Tak Capai Piawaian Juri, Pesembahan Membosankan

DUA penyanyi iaitu Azhar dan Adira menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert pertama AF Megastar yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

AF Megastar: Kedudukan Bintang & Recap Komen Juri Malam Konsert Pertama

Azhar dan Adira terlebih dahulu diumumkan sebagai tiga peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah bersama penyanyi Amir Jahari.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, keputusan menyingkirkan dua peserta memang sudah dirancang lebih awal.

"Untuk AF Megastar ini kami ada lapan minggu saja. Jadi memang perlu ada dua penyingkiran. Malah ada beberapa minggu lagi kami akan berbuat perkara sama.

"Kalau boleh kami mengharapkan lima atau enam peserta ke peringkat akhir," katanya.

Sementara itu, Syafinaz Selamat selaku juri profesional beranggapan dua peserta yang tersingkir mempamer persembahan yang kurang menarik.

"Ada tiga juri terbabit selain terdapat undian penonton. Pemarkahan kami berdasarkan persembahan mereka malam ini. Walaupun mereka seorang penyanyi, tetapi kami perlu kritik.

"Apa saya boleh katakan, persembahan mereka tidak berjaya menarik perhatian juri. Malah tidak dinafikan, terdapat persembahan perserta lain yang tidak mencapai piawaian kami," katanya.

Pada persembahan itu, Azhar menyanyikan lagu Dalam Gerimis sementara Adira menyampaikan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor.

Selepas undian ditutup, Azhar mendapat markah 17.1 peratus dan Adira 29.3 peratus.

Format penjurian menggunakan 60 peratus daripada juri profesional dan 40 peratus lagi undian penonton.

Sebelum persembahan, Azhar berada di kedudukan tercorot dengan mendapat dua peratus dan Adira pula di kedudukan kesembilan dengan markah lima peratus.

Pada konsert pertama, Syamel diumumkan sebagai 'Star of The Week' selain mendapat kedudukan pertama dengan 58.6 peratus

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.