Breaking News

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ? Pernahkah anda berdebar-debar setiap kali sewaktu ingin menduduki peperiksaan? Semestinya ya! Sekiranya anda benar-benar melakukan persediaan yang mantap dan lengkap untuk menjawab peperiksaan, anda mungkin akan berasa selesa untuk menduduki peperiksaan tersebut.  Namun, adakah anda yakin bahawa anda akan berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul dan tepat?

Begitu juga dengan calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) pada 20 September 2017 ini.  Adakah anda semua telah bersedia? Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat di sektor kerajaan sedangkan mengikut statistik dari Kementerian Sumber Manusia, hanya 1.63 juta orang sahaja yang bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan sektor swasta, iaitu sebanyak 8.53 juta pekerja.  Adakah anda mahu tergolong dalam 1.63 juta manusia yang bertuah itu?  Atau anda pernah mengalami kegagalan pada masa dahulu dalam memohon kerja di sektor kerajaan? Bagaimana dan mengapa hal ini terjadi sedemikian? Ianya kerana persaingan yang sengit bermula daripada langkah pertama iaitu anda menjawab soalan peperiksaan, seterusnya menghadiri temuduga dan sebagainya.
Image result for % statistik kerja kerajaan dan swasta




“Aduh, langkah pertama nak jawab exam pun susah, inikan pula temuduga!”
Anda tidak perlu risau dan tidak perlu bermonolog kecewa lagi kerana kami akan menyediakan panduan percuma dan latihan kepada anda untuk menghadapi peperiksaan anda dengan tenang dan kali ini, anda bakal lulus!  Sebelum itu, perkara pertama anda perlu lakukan adalah lakukan semakan sekali lagi mengenai jemputan menduduki peperiksaan online pegawai eksekutif LHDN.  




Pastikan Anda Terpilih Untuk Menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41


Semakan Boleh Dibuat Dengan Cara:

  1. Anda akan menerima SMS.

No automatic alt text available.













  1. Anda akan menerima Emel.
C:\Users\user\Pictures\EX.png

  1. Anda juga boleh membuat semakan online di laman web berikut:


Sekiranya anda tidak pasti mengenai status anda sama ada layak menduduki peperiksaan tersebut atau tidak, anda juga boleh menyemak di laman sesawang di atas.  Sangat mudah, tidak perlu mendaftar masuk, hanya masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja.
https://i0.wp.com/servismenulis.com/wp-content/uploads/2017/09/PEKSEKUTIF-LHDN2017.jpg?w=540





Apakah Jenis Soalan-soalan Yang Terkandung Dalam Peperiksaan Pegarai Eksekutif LHDN ?


Jika anda benar-benar layak dan merupakan calon peperiksaan online pegawai eksekutif LHDN, jangan tunggu lagi!  Anda harus mulakan persiapan menjawab soalan peperiksaan dengan segera.  Berikut merupakan maklumat berkaitan peperiksaan Online pegawai eksekutif LHDN dan kupasan-kupasan mengenai jenis-jenis soalan.

Tarikh:  20/9/2017
Masa:  8.00 PM – 10.20 PM

Terdapat 3 seksyen soalan iaitu:





Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A: Pengetahuan Am


Seksyen A:  Pengetahuan Am (40 Minit)

Untuk soalan seksyen A, Pengetahuan Am adalah berkaitan dengan pengetahuan umum anda mengenai negara Malaysia, sejarah, fakta, masyarakat, keadaan sekeliling anda, akta di Malaysia, kerajaan, isu dalam dan luar negara, kementerian dan kabinet malaysia serta pelbagai lagi.  Pendek kata, ianya merupakan pengetahuan am anda sebagai seorang rakyat Malaysia.  Format soalan bagi Seksyen ini pula berbentuk soalan objektif atau aneka pilihan (multiple choice).  Anda dikehendaki memilih salah satu daripada jawapan yang diberikan iaitu A,B,C atau D.

Contoh-contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am dalam peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 adalah seperti dibawah:
1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:
i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

(jawapannya adalah B. i dan iv)
2. Cukai Jualan diperkenalkan pada
A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972

(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)
4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)

Contoh Soalan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah


Seksyen B:  Daya Menyelesaikan Masalah (50 Minit)

Bagi soalan seksyen B ini, anda akan diuji dengan masalah-masalah yang perlu anda selesaikan dengan cara berfikir secara kreatif dan anda juga perlu menganalisis data diberi, membuat kiraan setara dengan matematik taraf SPM serta menjawab soalan berasaskan logik akal.  Di seksyen ini juga anda anda sentiasa berjumpa dengan graf, table rujukan, nombor untuk pengiraan, nilai peratus (%) dan macam-macam lagi.  Selalunya, jawapan yang anda tidak jangka kebanyakkannya adalah daripada soalan seksyen B ini!  Oleh itu, anda harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu sebelum menjawab apa-apa soalan dibahagian ini.  Sikap cuai dan terburu-buru menjawab tanpa berfikir akan membahayakan anda.

Berikut adalah contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif LHDN Gred 41 yang dikategorikan sebagai Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah.
1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah
A. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %

(jawapannya ialah: A. 1.33%)
2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.
MASALAHH
A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan

(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)
3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah
18   27   36   45   54   63
A. 7
B. 8
C. 9
D. 10

(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9.

Contoh Soalan Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Seksyen C:  Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (20 Minit)

Seksyen C ini merupakan seksyen terbaru untuk tahun 2017 dalam Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41.  Format soalan di seksyen ini berbentuk subjektif dan anda perlu menjawab berdasarkan kefahaman anda mengenai situasi yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Soalan-soalan ini diterangkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Soalan ini berkonsepkan pendapat anda mengenai ekonomi Negara dan keadaan pada masa akan datang.  Berbalik kepada soalan mengenai pendapat anda, adalah amat penting untuk anda berfikir diluar kotak supaya dapat memberikan pendapat yang bernas dan menarik.
Berikut adalah contoh soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 untuk Seksyen C:

  1. In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
  2. The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
  3. What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
  4. What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
  5. If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?


Kenapa Wajib LULUS PEPERIKSAAN dan Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?


Tahukah anda sekiranya anda berjaya menjawab Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41serta lulus dengan cemerlang, anda bakal terpilih untuk langkah seterusnya dan seterusnya! Bukan susah nak berjaya jika anda betul-betul mengikut panduan satu demi satu.  Kini, kejayaan di genggaman anda sahaja. Anda Cuma ikut satu persatu, bertindak dan terus bertindak.  Sampai bila anda mahu menganggur, mahu bekerja di tempat yang belum pasti kelebihannya dan manfaatnya, mahu bekerja di tempat yang tiada masa untuk keluarga, di tempat yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan, sampai bila? Mengapa anda harus lulus dan mula bertukar kerjaya dalam bidang kerajaan? Mungkin anda sudah banyak pengalaman kerja diluar sana dan sudah lama makan garam.  Sedar atau tidak sedar, dengan ekonomi yang melanda di Negara ini, bagaimana kerjaya anda dan tempat kerja anda pada tahun-tahun yang mendatang?  Banyak kilang-kilang yang sudah tutup, tempat kerja yang kurangkan pekerja dan sebagainya.  Bekerja disektor kerajaan bukan sahaja akan mengubah kehidupan anda, malah akan mengubah hidup keluarga anda juga.
Image result for stress

Berbalik kepada topik ini, sila anda renungkan, sebaik sahaja anda lulus Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, anda akan beroleh pangkat sebagai penjawat awam (anda akan berada dalam golongan 1.83% juta yang bertuah) dan anda akan berada di tangga gred gaji yang terjamin.  Selain memperoleh elaun, anda juga akan diberikan kelebihan-kelebihan yang lain lagi kerana anda merupakan penjawat awam.
Image result for stress

Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?


Dalam arus permodenan Negara kita ini, mengapa golongan tua atau ibu bapa melihat kerja kerajaan seperti permata yang sering dicari-cari dan dicadang-cadang kepada anak-anak mereka? Pergi kenduri, pergi majlis atau ke mana saja anda pergi, malah anda nak pergi meminang bakal isteri sekalipun, pernahkah golongan ibubapa bertanya tentang pekerjaan anda? Dan akhirnya pekerjaan di sektor kerajaan juga yang mereka pandang. Kenapa? Pelik bukan?

Waktu dan Masa bersesuaian
Mungkin anda akan bertanya pada diri anda sendiri, kennapa anda perlu bekerja dengan Kerajaan Malaysia, dan apakah kelebihan yang anda boleh dapat sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan jika dibandingkan dengan sektor swasta? Bagi sestengah orang, bekerja di sektor swasta mungkin adalah satu pilihan yang menarik kerana ia kebiasaanya menawarkan gaji yang tinggi jika dibandingan dengan bekerja di sektor kerajaan dengan taraf jawatan yang sama. Namun begitu anda mungkin tidak mengetahui apakah kelebihan-kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda berada di dalam sektor kerajaan yang mungkin ramai tidak tahu.
Image result for family
Jika dilihat dari sudut yang berbeza, kerja swasta sememangnya memberikan gaji yang lebih tinggi kepada anda.  Namun, masa dan peraturannya agak terikat.  Anda pergi kerja awal, tapi pulang rumah lewat, ada juga sehingga lewat malam.  Bak kata orang, “keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap.”  Anda juga hanya memiliki cuti yang terhad seperti 12 hari cuti tahunan.  Sebulan hanya 1 cuti boleh dimohon.  Bukan itu saja, sekiranya mahukan cuti yang panjang, anda perlu himpun satu demi satu cuti anda sehingga cukup untuk anda ambil cuti pada hari yang anda inginkan.  Tapi untuk kerja kerajaan, ada yang setahun sampai boleh cuti tahunan sehingga 40 hari.  Itu adalah kelebihan yang diberikan.  Bermaksud kerja kerajaan bukanlah sesuatu yang membebankan sehingga anda tertekan, tiada masa dengan keluarga, tidak perlu kerja sabtu ahad kerana mengejar target dan sebagainya.  


Kewangan: Elaun, Bonus & Kenaikan Gaji
Image result for money
Kelebihan bekerja kerajaan juga termasuklah dari segi kewangan yang mana selain dari gaji pokok, anda juga akan menerima elaun.  Antara elaun yang diberikan adalah elaun rumah dan elaun sara hidup (Cost of Living Allowances).
Elaun rumah boleh anda gunakan untuk membiayai kos perumahan seperti membayar sewa rumah atau ansuran bulanan rumah.  Elaun sara hidup pula adalah untuk menyara hidup anda serta mengurangkan bebanan taraf hidup anda.  Biayaannya bergantung kepada lokasi dan jarak tempat kerja anda.
Tambahan, gaji anda akan dinaikkan secara konsisten setiap tahun.  Jika dibandingkan dengan swasta kenaikan gaji berdasarkan prestasi anda atau keuntungan syarikat.  Ada juga sector swasta yang tidak ada kenaikan gaji.  Malah, hanya status kerja sebagai kontrak sahaja selama bertahun-tahun.  Dengan kerajaan, ianya mudah untuk menjadi kerja tetap atau permanent.  Status kerja ini akan memudahkan anda untuk berurusan dengan bank dan apa-apa urusan seperti membuat untuk tujuan membeli kereta atau membeli rumah.  Status pekerjaan tetap akan menjadikan pekerjaan anda stabil dan selamat.

Simpanan Hari Tua
Dari segi simpanan kewangan pula, penjawat awam diberi pilihan sama ada mahu memilih untuk mengambil pencen atau membuat caruman KWSP.  Walaupun anda telah bersra, anda tetap akan mempunyai pendapatan bulanan sekiranya anda merancang memilih pencen dan kwsp pula merupakan simpanan hari tua yang anda boleh keluarkan di kemudian hari.  
Image result for simpan duit
Jaminan Perubatan
Image result for doctor
Bekerja disektor kerajaan juga memberi jaminan perubatan secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.  Bukan anda sahaja dapat menikmati faedah ini, malah ibu bapa anda, pasangan anda serta anak anda juga diberikan kelebihan ini.  Sangat untug kan? Berbeza dengan sector swasta, anda perlu bayar menggunakan duit sendiri.  Selepas itu, sekiranya anda ingin menuntut kos perubatan tersebut, syarikat akan memberi jumlah minimum yang boleh dituntut seperti contoh anda hanya boleh menuntu maksimum RM30 sahaja.  Selebihnya anda yang akan tanggung.  Ianya juga akan terhad kepada anda sahaja dan bukan keluarga anda.
Tidak terhenti setakat itu, terdapat banyak lagi faedah-faedah serta kebaikan-kebaikan pekerja sektor awam berbanding sektor swasta,seperti mendapat bonus dan imbuhan tetap, peluang untuk melanjutkan pelajaran, biayai perubatan, peluang kenaikan pangkat dan pelbagai lagi. Paling seronok apabila berkhidmat untuk jabatan kita, kita akan sentiasa dekat dengan Negara Malaysia.

Kelebihan Bekerja sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Apa bezanya pegawai kerajaan dengan pegawai eksekutif LHDN?  LHDN adalah salah satu organisasi sector kerajaan yang menjadi gilaan para remaja yang mencari-cari kerja, menjadi rebutan pada siswa siswi untuk melakukan latihan praktikal dengan harapan diserap masuk bekerja di sini serta untuk anda semua yang mahukan perubahan kerjaya anda untuk lebih baik.  
Lembaga hasil dalam negeri Malaysia ini merupakan mekanisma komunikasi yang merangkumi semua lapisan masyarakat, dan mewujudkan keadilan dan kecekapan system.   Penjawat awam yang berkhidmat di LHDN terlalu beruntung kerana mereka merupakan penyumbang kepada agenda pembangunan negara.  Bakal calon peperiksaan semestinya sangat berbangga kerana anda berpeluang untuk berdiri setanding dengan penjawat awam LHDN yang lain kerana anda semua akan memasuki sebuah organisasi dan kerjaya yang sangat unggul.  LHDNM akan terus bergerak seiring dengan aspirasi negara bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, dan terus mengorak langkah bersama negara dalam memacu visi di bawah Transformasi Nasional 2050.
panduan-review-rujukan-pegawai-eksekutif-lhdn
Anda yang masih mencari kerja atau berminat untuk menjadi sebahagian daripada LHDN, anda boleh layari laman sesawang LHDN bahagian kerjaya atau klik di sini

Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred


Rujukan Peperiksaan Pegawai LHDN
Anda masih susah hati dan risau nak menjawab soalan peperiksaan? Usah risau.  Kini panduan menjawab soalan peperiksaan pegawai eksekutif Percuma ini mampu menjadikan anda berjaya untuk melangkah dengan yakin menduduki peperiksaan.  Akhirnya, panduan ini  memberi impak yang besar kepada anda kerana anda terpaksa lulus dengan cemerlang dan mencapai impian kerjaya anda!
Anda hanya perlu membuat persediaan yang lengkap dan menyeluruh untuk menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang.  Dengan panduan PERCUMA ini,  anda akan mengetahui apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangsung nanti.  Mahukah anda menjawab dengan tenang dan senyum nanti?
Masa anda sangat terhad! Beberapa hari lagi yang tinggal untuk menghadapi peperiksaan.  Anda harus dapatkan Panduan PERCUMA Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Gred 41 LHDN sekarang! Segera bertindak sekarang untuk masa hadapan.  

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

https://profhariz.com/wp-content/uploads/2014/08/Panduan-Rujukan-Lengkap-Peperiksaan-Online-Penguasa-Kastam-gred-W41.jpg
https://profhariz.com/wp-content/uploads/2014/08/Exam-PTD-Testimoni-31.jpg
TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !





Tiada ulasan