Sabtu, 19 Ogos 2017

Tak sangka lelaki yang aku tatang macam minyak yang penuh sanggup pukul aku sampai lebam' - Gadis kongsi pengalaman bercinta dengan lelaki tak guna

  Berita Premium       Sabtu, 19 Ogos 2017

Viral kisah seorang gadis yang kecundang dalam percintaan dek perangai bekas teman lelakinya. Mydd Asmida tidak menafikan bahawa lelaki itu ada sisi yang baik, namun dia kerap mengambil kesempatan terhadapnya sehingga 'makan hati berulam jantung'. 

Menurut Asmida, pada awalnya dia sangat menyayangi lelaki itu. Tetapi lama kelamaan dia dimaklumkan bahawa lelaki itu menjalinkan kembali hubungan cinta dengan bekas kekasih lamanya, membuatkan Asmida terasa dirinya dipergunakan. 

Baca coretan Asmida di bawah: 

"Be with a guy who love you more, who want you more. Leave the guy who hurt you physically and mentally. If you keep staying, the wound will never stop bleeding."

Story yang aku nak share ni baca dengan santai jee. Tak perlu emo. Just jadikan pengajaran.

Nama dia Paan. Aku start kawan dengan dia dari dia pakai motor lagi. Hari2 lepas balik kerja keluar makan dekat kedai depan rumah tuu then lepak playground dengan kawan2 lain. Sampai laaa dia beli kereta. 

Paan ni masa aku mula2 kenal lembut orangnya, cakap pun slow jee, manja. Tak pernah marah aku jauh sekali tinggi suara. Semuanya indah jeee. Sayang aku dekat dia takyah cakap laaa, memang sayang gila. Kitorang 1 tempat kerja cuma lain department. Rumah pun dekat cuma lain block jee. Hari2 jumpa, tak pernah skip sehari pun kecuali balik kampung. Cuti pun tiap2 minggu deal hari yang sama so senang nak keluar dating. Mana pun dia pergi mesti dia bawa aku. Ehhh terasa indah sangat laaa dunia masa tuu.

Tapi Paan ni dia selalu ada masalah duit. Sampai kadang2 nak makan pun takde duit. Aku pun taktau mana duit dia pergi. Then I just think positive dia ada commitment nak bayar kereta setiap bulan. Mostly kalau keluar makan memang aku yang akan bayar. Keluar tengok wayang ke apa ke memang aku laaa keluar duit. Isi minyak kereta, topap dia, touch 'n go. Everything laaa senang cakap. 

Dia pernah jugak keluar duit bayar, bukan tak pernah langsung tapi jarang. Dia ada hutang dengan siapa ntahh rm200 minta tolong aku bayarkan dulu. Okay aku bayarkan. Then pergi bercuti dekat Penang dengan ex dia sampai kena speed trap rm300. Aku call dia macam nak meletup phone ni haram tak angkat. Masa tuu dia tipu aku cakap pergi rumah kawan dia then rumah tuu kena ambush dengan polis sebab ada dadah laa sebab tuu tak angkat phone laa bla bla bla tapi tetap aku bayarkan saman tuu sebab dia minta tolong. 

Guysss kebal tak hati aku? Masa dia nak tukar sport rim kereta, duit tak cukup merengek rengek dekat aku. Aku cakap duit tak cukup tunggu laa gaji. Pastu dia kata tayar daa botak laaa apa laaa kalau tukar sekali dengan tayar lagi murah bla bla bla. 

Satu perangai dia ni dia suka merengek. Kalau benda yang dia minta aku cakap no, dia akan merengek sampai aku cakap yes. Then aku pun bagi laa dia rm500. Dia punya suka dapat sport rim takyah cerita laa. Bawa kereta pergi kerja kawan2 puji lagi kembang dia. And aku senyum jee. 




Kadang dia nak balik kampung tapi takde duit aku bagi dia duit minyak. Setiap kali aku cuti balik kampung, dia dengan rela hati hantar and amek aku. But then nanti dia claim balik duit minyak. Bila dia minta duit makan tak pernah aku tak bagi. Sengkek2 rm50 mesti aku hulur. Orang tak nampak semua tuu. Yang orang nampak dia layan aku baik. Tapi aku layan dia buruk. Hmmm. Senang cakap gaji dia untuk bayar kereta and keperluan diri dia, itu pun tak lepas. Tapi gaji aku untuk aku, family aku & dia. Sikit pun aku tak pernah berkira. And aku cuma harap dia akan lebih appreciate aku sebab aku masih stay walau susah mana pun keadaan dia. Tuu jeee.

Then one day ntahh macam mana kantoi pasal dia dengan ex dia actually belum break up lagi. First time gaduh besar. That girl call me maki2 marah2 semua. Then I just apologize and told her that I really know nothing about this. I was so so so disappointed. 3 hari aku tak kerja. Aku nangis jee. Tak makan tak tidoo. Aku cuma cakap dekat dia just go back to her. Betulkan balik hubungan korang. Takpe kita still boleh kawan. 

Tapi Paan taknak. Seboleh boleh dia nak aku jugak. Taknak perempuan tuu daa. Dia cakap that girl tinggalkan dia hilangkan diri masa dia susah. Sampai dia patahkan simkad number couple diorang. Call mak dia depan aku and bawa aku balik rumah jumpa family dia. Memang sungguh2 laa dia pujuk. Then aku pun bagi dia peluang. Tapi makin lama Paan ni makin berubah. Daa mula pekik aku. Berkasar dengan aku sampai lebam2 tangan aku dia buat setiap kali kitorang gaduh. Berjangkit baran aku kott. 

Ada satu hari ni kantoi lagi pasal perempuan. Bukan ex dia tuu. Perempuan lain pulak. Bersayang berindu bagai. Siap tukar2 gambar selfie. Sedih aku. Aku jumpa gambar2 diorang mesra2 berdua dekat gallery dia. Haihhh. Letih hati aku. Phone dia aku tak pernah godeh. Aku taktau password pun. Sedangkan phone aku ni siap ada fingerprint dia. Aku letak sepenuh kepercayaan aku dekat dia. Tapi bila Tuhan nak tunjuk, pelbagai cara boleh kantoi. 

That time aku marah sangat. Hati aku hancur. And aku cakap dekat dia aku bagi dia segalanya. Apa yang dia minta semua aku tunaikan. Apa lagi yang tak cukup?Kenapa dia masih perlu perempuan lain? Then dia minta maaf, block that girl and delete all their pictures. And I still give him another chance because I love him so much.

Aku ni pattern setiap kali gaduh aku akan suruh dia tinggalkan aku. I need time. I need space. Aku penat. Tapi dia akan stay. Dia taknak. Dia cakap dia sayang aku. But last month kitorang gaduh pasal that girl again and he finally left. Dia cakap dia daa penat, taknak fight for this relationship anymore. Dia salahkan aku balik. Dia cakap aku suka marah2 dia pekik2 dia. Halau dia dari hidup aku. Aku ego. Aku selfish. 

Then dia minta masa untuk hubungan ni. He even block me at all social media and also message and call. Aku tak boleh contact dia langsung. Aku contact kawan2 dia sana sini tanya pasal dia. I'm so distress that time. I blame myself sebab tak sabar dengan dia. Mudah naik angin. I totally blame myself because our relationship is not working. 

I'm mentally ill. I'm crying day and night. Wondering mana sebenarnya salah and silap aku? Dekat mana kurangnya aku? I lost my appetite and sleep. I lost my weight. Kerja aku pun terganggu. I can't focus anymore. Than I decide to go to Muar cari dia untuk discuss and settle masalah kami. I really love him and aku tak nak hilang dia.

And guest what? Actually dia get back dengan ex dia tuu guysss. Hahahahahaha. Dia berseronok keluar dating upload gambar sweet2 sedangkan aku dekat sini macam orang gila fikir pasal dia siang malam pagi petang. Dia ingat dia block aku and kawan2 aku, aku taktau apa dia buat belakang aku? And sepanjang hubungan kitorang he never upload my photo okay. Aku tau pasal benda ni pun sebab kawan dia sendiri bagitau aku. Ntahh laaa. Maybe kawan dia pun kesian dekat aku kott. Thank you kawan.

So kemuncaknya, Isnin lepas (7/8) aku ajak dia jumpa dekat car park tempat kami kerja sebab nak tanya pasal hal ni. And macam biasa dia tak ngaku. He keep deny it. Aku marah sangat sebab bukti daa terang2 ada dia still nak bodoh2 kann aku. So I slap him. Tau apa reaksi dia? He hit me back. Lebam tangan aku kiri kanan. Dia tampar sampai pecah bibir atas aku. Tolak aku sampai aku jatuh berkali kali. Senak perut aku. Cekik aku. Tunjuk2 muka aku sambil maki2. Dia layan aku macam perempuan takde harga diri. 

Aku terus ungkit semuanya. Aku minta dia bayar balik duit aku malam tuu jugak. Then dia cakap dia takde duit. Bagi dia masa. But I said no. Aku nak settle malam tuu jugak sebab aku taknak ada apa2 urusan lagi dengan dia. Aku suruh dia cari jugak tak kira dengan cara apa pun. 


Then dia pinjam kawan dia and pay me. Last sebelum nak balik tuu dia still cekik and tolak aku. That time dia betul2 buat aku lupa betapa sayangnya aku dekat dia. Sepanjang pergaduhan tuu setitik air mata aku pun takde. Aku gagahkan diri aku. Aku nekad. I've to stop all this shit. Aku tak patut dilayan macam sampah lepas apa yang aku korbankan untuk dia.
Aku terus masuk office and call my friend minta tolong amek aku. Then I call my dad told him about this sebab family kitorang tau pasal hubungan ni. Ayah marah gila and ayah nak aku report polis and ayah cakap kejap lagi dia datang tengok aku. Masa aku keluar aku nampak Paan dekat kereta kawan aku bising2 apa ntahh ajak gaduh. I told my friend takyah layan dia kita pergi jee. 

So we go to police station to make a report. Masa dalam balai tuu Paan keep calling me tanya dekat mana nak jumpa laa apa laaa bla bla bla. I didn't tell him where am I and just ignore his call. Then police tuu suruh buat report dekat IPD. So kitorang pun balik ke tempat kerja dulu sebab masa tuu kawan aku masih dalam waktu kerja lagi. We decide to go to IPD pukul 12 malam lepas waktu kerja nanti.

Masa on the way balik ke tempat kerja suddenly ntahh si Paan ni datang dari mana dia terus block kereta kawan aku. Dia turun and kawan aku cepat2 lock pintu. Paan suruh aku keluar ntahh apa dia nak cakap pun aku taktau. But for sure mesti laaa pasal report tuu. Kawan aku suruh aku stay dalam kereta jee then dia call police tadi cakap Paan ganggu aku lagi. 

Tak lama lepas tu dia pergi. Me and my friend balik ke tempat kerja and polis pun datang nak pastikan takde pape berlaku. Lepas balik kerja tuu polis suruh aku call Paan tanya dekat mana, dia nak bawa Paan pergi IPD sekali. Then aku call dia taknak bagitau dia dekat mana and polis tuu pulak call. Polis suruh dia datang ke tempat kerja kami sebab nak gerak saing2. So dia datang and kitorang pun gerak pergi ke IPD naik 3 kereta.

[Gambar throwback masa date dulu]

Sampai IPD aku orang first bagi statement. Then dia panggil Paan and lepastu kawan dia pulak. Bila ayah aku sampai aku peluk ayah aku pinjam sikit kekuatan dari dia. Aku lemah sangat masa tuu. Hati aku remuk. Aku tak sangka lelaki yang aku tatang macam minyak yang penuh akan buat aku sampai macam ni sekali. 

Lepas polis soal siasat semua Paan mengaku dia ada pukul aku. Then polis tanya samada nak proceed kes ke mahkamah or settle baik jee. Aku decide untuk proceed. But Paan ajak discuss settle baik. That time hati aku lagi sakit berbanding luka and lebam yang ada dekat badan aku. Kalau aku proceed kes ni malam tuu dia tak boleh balik, tidoo lokap. Esoknya (8/8) mula hari pertama reman. Reman 5 hari. Then naik mahkamah. Aku daa ready untuk tempuh semua tuu. Tapi mungkin dia yang tak ready nak laluinya.

Polis bagi kami ruang and masa untuk discuss dulu. I ask my dad, then ayah cakap dia serahkan keputusan pada tangan aku. Sebab aku yang rasa, aku jee tau apa yang patut aku buat. Paan minta maaf dekat ayah, then ayah cakap ayah tak maafkan dia. Benda ni terlalu sakit untuk ayah terima. 

Then Paan bawa aku pergi belakang untuk bincang. Berjam jam jugak laa dia merayu supaya aku tarik kes and bagi dia peluang. Dia cakap dia sayang aku lagi and dia tak sengaja. Dia tak sedar apa dia buat. Dia minta kami buka buku baru. Betulkan balik hubungan ni. 

Guysss boleh bayangkan tak lelaki yang baru berapa jam tadi benci aku gila2 now mengaku sayang. Siap ajak aku kahwin! How fast people change. 

Then I ask him, Paan apa yang kau boleh bagi aku kalau aku kahwin dengan kau? Aku taknak kau. Kau takde apa2. Cinta kau pun kau tak boleh bagi setia. Apa lagi yang aku boleh harapkan dari kau? When I said I don't love him anymore dia tak percaya. Dia cakap aku tipu diri aku. Aku memang nak proceed jee kes tuu tapi dia halang aku tarik2 aku tak bagi aku masuk bilik inspector tuu. Haihhhh. Letih. Jam daa dekat pukul 6 pagi. Tidoo tak lagi. Hmmm.

Bila perbincangan tuu tak kemana, aku minta masa dengan inspector tuu untuk aku balik and fikir. Pagi tuu ada jugak laaa kawan2 aku message minta aku tarik kes. Diorang kesian dekat Paan. See? No one knows sisi gelap hubungan kami. Yang diorang tau semua cerita indah2 jee. 

Sampai rumah aku tak boleh tidoo. Baring and berfikir. Hmmm. Memang laa dia salah. Memang laa aku marah. Tapi apa hak aku untuk hancurkan masa depan dia? Haihhh. Dia muda lagi. Kalau sabit salah kena penjara tak masal ada rekod jenayah. Nanti kena buang kerja macam mana nak cari kerja baru? Macam mana nak tempuh hari2 yang akan datang? Sedangkan perjalanan hidup dia jauh lagi. Keputusan aku ni akan bagi effect seumur hidup dia.

Then aku decide untuk tarik kes. And satu jee yang aku minta dari dia, pergi jumpa family aku and minta maaf. Paan pun setuju. 

Malam tuu aku pergi IPD untuk tarik report. Polis pun pelik kenapa. Sebab masa aku buat report polis tanya apa tujuan aku buat report. Masa tu aku cakap aku nak pembelaan atas diri aku. The police ask me awak belum ke medan perang, tapi awak daa undur diri? I just told them aku taknak besarkan hal ni sampai jejaskan kerja Paan. Tuu jee. Then diorang pun terpaksa laa akur. 

Sehari lepas aku tarik kes, Paan minta tolong aku bayarkan dulu hutang member dia yang dia pinjam untuk bayar hutang aku. Member dia urgent nak guna duit. Then I said no! Daa bayar mana boleh minta balik. Buruk siku. Mula laaa dia punya merengek. Haihhh. And untuk yang keberapa kali ntahh aku masih bagi dia rm500 untuk settle hutang tuu. Mungkin sebab ni laa orang senang buli aku, hati aku lembut.

2 hari aku cuti kerja untuk settle kes ni. And bila aku naik kerja semua datang interview. Penat laa nak jawab soalan sama. Hmmm. Then petang tuu my bos panggil aku, he told me kes aku ni daa sampai ke HR. Paan akan dibuang kerja. Sebab incident tuu berlaku di tempat kerja. Haihhh. 

Then aku slow talk dengan bos aku and minta tolong dia settle dengan HR supaya jangan ambil apa2 tindakan pada Paan and tutup kes ni. He ask me why? Aku cakap aku takde hak nak jejaskan kerja dia rezeki dia. Then he ask me again, apa pula hak dia untuk bagi awak lebam2 ni? Aku diam jee. Sebab aku sendiri pun takde jawapan. Bos aku geleng kepala and dia cakap okay dia akan minta HR tutup kes ni but I must forget all this and focus on my work. Okay. Thank you bos.

Harini (14/8) daa seminggu kes tuu berlalu. Lebam dekat tangan tak hilang lagi. Lebam dekat hati jangan ditanya. Aku daa bagi Paan sepenuh cinta kasih sayang tanpa ada sikit pun sisa untuk diri aku. But he use that love as a weapon to hurt me. And yes, aku rebah. 

Sekarang aku masih dalam proses move on. Kutip semula semangat2 aku yang hilang. Cantum kann harapan2 yang berbaki ni untuk sembuhkan diri aku. Now aku lebih focus dengan kerja. Kumpul duit. Makan 3 kali sehari. Tidur secukupnya. Luangkan masa mengadu pada Tuhan. Semoga aku mampu bangun and bangkit semula. Terima kasih ibu ayah hari2 call bagi kata2 semangat and make sure aku okay. Love your family guysss. Because whatever happen, they'll never ever let you face it alone. 

Aku tarik kes tuu bukan atas dasar cinta, semua tuu daa takde. Tapi lebih kepada perikemanusiaan. And actually until now Paan masih tak datang jumpa family aku minta maaf lagi. Takpe laaa. Aku lanjutkan kes ni ke mahkamah Allah. DIA maha mengetahui lagi maha adil. Dosa kita dengan Tuhan kita bertaubat. Dosa dengan manusia kena laaa minta maaf sesama manusia. Dia kena ingat ayah ibu aku masih tak redha dengan apa yang dia buat.

Apa yang aku cerita ni tak bermakna Paan langsung takde baiknya. Ada. Mesti laaa ada. Setiap orang ada baik buruknya. Macam tuu jugak aku. Mungkin ada kelemahan aku dalam hubungan ni. Tapi cara dia hukum aku terlalu berat. Kereta kalau rosak pun repair, bukan beli baru. Apatah lagi pasangan kalau lemah bimbing, bukan cari baru. 

Aku terpanggil untuk share story ni sebab aku ada dengar angin2 yang tak elok cakap Paan pukul aku sebab aku terhegeh hegeh nak balik dekat dia tapi dia taknak. So nahhh! This is the true story. The dark side yang takde orang pernah tau. That's why apa yang kita nampak and dengar kadang tak sama dengan apa yang berlaku. So jangan sesekali bercakap tentang sesuatu yang kita tak pasti.

Untuk kawan2 yang tak putus2 message tanya khabar and bagi semangat. Thank you guysss. Walaupun ada yang aku tak pernah kenal korang siapa. Just friendlist dalam FB. You guysss rock! Yang kenal aku lama, you all know me better. Korang lebih kenal hati budi aku. Lepasni memang aku taknak bercinta lagi weyhh! Sakit! Haha. 

Soal jodoh aku serahkan pada orang tua aku. Baik bagi mereka baik lah jugak bagi aku. Pilihan aku tak pernah tepat so this time biarlah diorang buat pilihan.

Guysss pesan aku love yourself first. Appreciate yourself. So no one can make you feel worthless. And if someone hurt you mentally or physically you can leave without any doubt because in your own eyes you know you're priceless and you deserve better. Kita sebagai perempuan kena belajar terima lelaki yang sungguh2 nak kita sungguh2 sayang kita. Bukan kita jee yang bersungguh beriyeee dengan dia. 

And untuk lelaki, hargai orang yang banyak berkorban untuk kau, yang sanggup tempuh susah bersama kau. Perempuan seharusnya disayangi dilindungi bukan disakiti. Yang paling penting hormat & sayang mak kau dulu! Itu titik permulaannya. 

Silap aku, apa pun yang Paan buat aku masih bertahan and aku stay. Peluang diberi berkali kali. Sebab tuu luka aku tak pernah sembuh. Sentiasa berdarah. Sampai harini hati aku masih terasa pedih. 

Doakan aku sentiasa kuat guysss. Doakan hati aku cepat sembuh. Hikmah pertama yang aku dapat aku hilang 2kg! Yeahhh aku kuyusss. Haha. Insyallah lepasni akan ada hikmah2 lain menyusul. Aminnn.

Don't allow someone to treat you poorly just because you love them okay? Remember!

DAA DAA JANGAN EMO. 
SEKIANNN.

Sumber: Mydd Asmida
logoblog

Thanks for reading Tak sangka lelaki yang aku tatang macam minyak yang penuh sanggup pukul aku sampai lebam' - Gadis kongsi pengalaman bercinta dengan lelaki tak guna

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan