Breaking News

(VIDEO) "Nak Ikut Mama, Nak Ikut Mama". Mama Terpaksa Tunggu Hari Bicara Untuk Dapatkan Nadi Balik..

Apabila berlaku keretakan atau kehancuran sesebuah institusi rumahtangga, anak-anaklah di antaranya yang menjadi perebutan dalam hak penjagaan. Hak terhadap penjagaan anak sering kali menjadi persoalan apabila perceraian timbul. Perlulah diingat bahawa dalam memberikan hak penjagaan ini, perkara yang paling penting ialah kepentingan dan kebajikan anak itu.



Ada sesetengah pasangan beralah dan memberi hak penjagaan kepada ibu tetapi ada sesetengahnya berebut hingga terpaksa mahkamah yang menentukannya. Seperti yang video yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ain ini sangat meruntum jiwa, menitis air mata apabila melihat anaknya menangis dan meraung memanggil mamanya. Lihat video di bawah:

Pisahkan anak dgn ibu kandung.

"Sabarlah sayang jangan menangis..mama tak boleh nak jaga Nadi..Mama terpaksa tunggu hari bicara untuk dapatkan Nadi balik..Maafkan mama..mama tak nak pisah dengan adik ...Mama terpaksa.

Anak mama kena hantar jauh-jauh ke perlis semata-mata pisahkan mama dengan Nadi..Mama hidup dan masih mampu jaga adik tapi keluarga sana sanggup fitnah mama ..Atas dunia..


Smoga keadilan berpihak pada kita Nadi...Mama ada Allah je untuk jaga adik....maafkan mama sayang ..

Mama sayang Nadi...sayang sangat..Sampai hati pisahkan anak yang aku kandung 39minggu 2hari..Semoga Allah balas atas apa yg kau buat kat aku.." - Nurul Ain (Mama Nadi)


Doa kami, semoga Puan Ain tabah dalam menghadapi ujian hidup ini, semoga Puan Ain mendapat hak penjagaan anak. Amin.

Tiada ulasan