Header Ads

Saya Tidak Masuk Campur Apa Yang Isteri Muat Naik Di Media Sosial – Hafiz Hamidun

Berikutan isu foto iklan seksi Joy Revfa yang menjadi kritikan netizen baru-baru ini, nama penyanyi Hafiz Hamidun turut terkena tempiasnya. Beberapa pihak bertanya, Hafiz tidak memantau muat naik isterinya itu di media sosial? Namun, jelas Hafiz apa yang berlaku adalah tanggungjawab isterinya sendiri.
Setiap apa yang dimuat naik di laman sosial isteri, ia tanggungjawabnya sendiri dan saya tidak masuk campur kerana kebanyakan adalah berkaitan perniagaannya. Pada masa sama, dia juga memiliki syarikat dan kumpulan penasihat yang akan memantau setiap apa yang dimuat naik. Apa yang boleh saya katakan, ia tanggungjawabnya sebagai individu.
Dia sendiri perlu bersedia untuk terima sebarang kritikan, sama ada suka atau tidak. Saya bukan sengaja tidak mengendahkan hal itu tetapi apabila terlalu ramai peminat yang menghantar mesej serta ‘tag’ nama saya di ruangan komen, saya memilih untuk tidak melayannya. Ada beberapa batasan yang sudah kami persetujui. Saya tidak mengikutnya di laman Instagram kerana tidak mahu masuk campur dalam hal perniagaannya.
Hafiz pada masa yang menegaskan isterinya itu masih lagi dalam proses untuk belajar menjadi seorang yang lebih baik dan kadang-kadang akan melakukan kesilapan kerana masih banyak lagi perkara yang beliau tidak tahu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.