Breaking News

Saya Tak Mungkin Kembali Menyanyi - Nana Mahzan

ACARA reunion  peserta program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) yang berlangsung pada Mei lalu cukup meriah dan ramai meminta agar mereka kembali aktif dalam bidang seni.

Bagaimanapun salah seorang pesertanya, Nana Mahzan memberitahu dia tidak lagi berminat untuk kembali aktif secara serius sebagai penyanyi.
Kenapa pula begitu Nana?



Jelas pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan ini, dia sudah lama meninggalkan bidang nyanyian selain ingin memberi fokus kepada perkara lain dalam kariernya.

Malah kata Nana, dia tidak yakin kemunculan semulanya akan mendapat perhatian peminat memandangkan landskap industri muzik tempatan hari ini sudah berubah dengan kehadiran bakat-bakat baharu

"Kembali menyanyi? Never! Rasanya saya tidak akan buat kemunculan semula atau tampil dengan lagu baru.

"Cukuplah sekadar suka-suka dan hobi seperti program reunion yang kami lakukan sebelum ini," 

katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nana berkata, dia berhajat untuk mengadakan lebih banyak acara bersama alumni 

AF1 selepas sambutan diberikan peminat sangat luar biasa sebelum ini.

Malah kata Nana, dia ingin membawa program itu menjelajah ke seluruh Malaysia dan sedang giat membuat perancangan ke arah itu.

"Insya-Allah dengan perancangan yang betul dan tajaan, program reunion itu pasti akan menjadi kenyataan.

"Malah semua kawan-kawan lain dalam AF1 pun semua bersemangat dan teruja dengan idea itu," katanya.

Selain Nana, AF1 yang menjadi fenomena ketika ditayangkan pada pertengahan 2003 turut menampilkan barisan peserta seperti Vince (juara), Khai (naib juara), Azizi, Nija, Liza, Sahri, Rosma, Burn, Atie, Adi Fashla dan Azza.

Tiada ulasan