Selasa, 4 Julai 2017

“Saya Panggil Dia Syu” - Azhar

  Berita Premium       Selasa, 4 Julai 2017
ALAHAI... Nampaknya makan hati habislah awek-awek 'semalaya' lepas ni apabila penyanyi Azhar Osman memuatnaik sekeping gambar bersama seorang gadis cun di akaun Instagramnya.



Foto yang dimuatnaik pada Ahad mengundang pertanyaan netizen adakah gadis tersebut teman istimewa Azhar?

Lebih menjelaskan perkara tersebut, Azhar turut meletakkan kapsyen bersimbol cinta pada posting yang dimuatnaik itu yang sekali gus mengundang ucapan tahniah peminat dan rakan-rakan terdekatnya.

Lucunya, ramai yang mula mengusik nakal sambil berharap bekas penyanyi duo Azhael ini segera menjamu peminat-peminatnya dengan 'nasi minyak'.

"Ya, saya baru mengenali dia dua bulan lalu ketika dia menemani kakaknya di sebuah gelanggang badminton.

"Nama dia Norsyuhada tapi saya panggil Syu je dan dia kini sedang menuntut di Kolej Universiti SEGI, di Damansara," katanya

"InsyaAllah akan diusahakan agar ada jodoh (ketawa)," katanya yang merancang untuk menamatkan zaman bujang pada usia 31 tahun di saat kedua-dua belah pihak sudah betul-betul bersedia.

Dalam perkembangan lain, kata pemuda berusia 29 tahun ini dia akan cuba memperlahankan aktiviti seninya kerana ingin memberi fokus untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana.

Dalam waktu yang sama dia kini harus menyelesaikan beberapa urusan seni antaranya menjalani
penggambaran drama selain mencari material dan demo sesuai untuk single terbarunya bersama Warner Music.

logoblog

Thanks for reading “Saya Panggil Dia Syu” - Azhar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan