Khamis, 27 Julai 2017

Liyana Jasmay Kini Bertudung Litup

  Berita Premium       Khamis, 27 Julai 2017
Mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah yakni bertudung, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan niat baiknya itu baru-baru ini setelah berkongsikan perkara tersebut kepada ibunya.



“Sudah lama saya berfikir untuk mengambil keputusan ini (bertudung). Tetapi hari ini, ia akhirnya terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama. Mama menyambut baik dan berkata, kalau hati bulat ingin berbuat begitu, maka teruskan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu dalam masa yang sama, Liyana juga turut berkongsikan gambarnya berhijab di Instagram dan perkara tersebut mendapat pujian dan sokongan daripada peminatnya.

Jika dilihatkan gambar tersebut, tidak mustahil sekiranya dalam masa terdekat Liyana akan mengeluarkan jenama tudung sendiri. Apa pun tahniah kepada Liyana di atas perubahan ini dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
logoblog

Thanks for reading Liyana Jasmay Kini Bertudung Litup

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan