Isnin, 17 Julai 2017

Isu Buka Tudung - Zulin Aziz Minta Beri Ruang

  Berita Premium       Isnin, 17 Julai 2017
Sejak semalam kecoh apabila video, penyampai radio Suria FM Zulin Aziz tidak memakai tudung di rumah keluarga pelakon veteran Normah Damanhuri tersebar di media sosial sehingga dia menerima pelbagai cemuhan.

Image result for zulin aziz

“Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli malam tadi. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.” ujarnya ketika dihubungi

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya berada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah.

“Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Saya bukan pakai tudung main-main,kejap pakai, kejap buka ,” katanya lagi.

Menurut Zulin, penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang.

Zulin juga berharap agar isu video yang memaparkan dia tidak bertudung tidak diperbesar-besarkan dan terus disebar.

Dalam pada itu, Zulin berharap peminat dapat menerima dirinya yang sedang dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik.
logoblog

Thanks for reading Isu Buka Tudung - Zulin Aziz Minta Beri Ruang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan