Breaking News

Ibu Kandung Gelar Malin Kundang, Ini Respon Sufi AF2015

Ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa kecewa dan kecil hati dengan sikap anaknya sehingga menggelarkannya sebagai Malin Kundang.

Tak Ada Apa Nak Bangga Kalau Yang Membawanya Selama Sembilan Bulan Dihumban Seperti Kain Buruk – Ibu Sufi Rashid

Luahan itu dibuat Irma menerusi akaun Facebooknya semalam.

Menerusi status yang ditulis, Irma mengaku sebagai seorang ibu, dia berasa sedih dengan sikap Sufi sehingga membuatkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh darah daging sendiri.



Irma juga turut menyatakan Sufi merupakan seorang anak yang hanya mementingkan diri dan tidak mempedulikan perasaan ibunya.


 
Bagaimanapun, menjawab mengenai dakwaan ibunya, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid menerusi kenyataan di akaun Facebook memberitahu kasih-sayangnya terhadap Irma tidak pernah berkurangan.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen distatus Sufi dan Irma, rata-rata pengikut mereka meminta supaya salah faham tersebut diselesaikan dengan cara yang baik dan mendoakan hubungan mereka anak-beranak sentiasa berada dalam keadaan harmoni.
 


Tiada ulasan