Ahad, 16 Julai 2017

Gambar Muka Pelajar Cedera Tertusuk Besi Tular

  Berita Premium       Ahad, 16 Julai 2017
PETALING JAYA: Seorang pelajar dilihat tenang walaupun cedera di bahagian muka dipercayai akibat tercucuk besi selepas basikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang.
Gambar-gambar pelajar lelaki berkenaan dalam keadaan mukanya berlumuran darah telah menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, dalam kejadian di Kuala Selangor itu, kanak-kanak berkenaan mahu membetulkan sampin yang dipakainya ketika menunggang basikal menuju ke sekolah.

Turut difahamkan, dia tidak memakai baju sekolah kerana sekolahnya mengadakan rumah terbuka pada hari tersebut.

Berdasarkan satu daripada gambar yang tersebar, pelajar berkenaan dilihat telah dibawa ke hospital dan telah menerima rawatan.

Rata-rata netizen menyifatkan kanak-kanak ini kuat semangat apabila dia kelihatan tidak panik atau meraung di tempat kejadian.

Malah, dalam keadaan muka di bahagian kiri sedang berbalut, dia masih sempat membuat isyarat 'peace' ketika gambarnya diambil di hospital.
logoblog

Thanks for reading Gambar Muka Pelajar Cedera Tertusuk Besi Tular

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan