Isnin, 3 Julai 2017

Fiza Halim Muat Naik Gambar Raya Bersama Suami Di IG

  Berita Premium       Isnin, 3 Julai 2017

BEKAS anggota kumpulan Elite, Fiza Halim, 36, dilihat terbuka memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, Ahad lalu.

Fiza Halim Muat Naik Gambar Raya Bersama Suami Di IG

Selepas beberapa ketika memuatnaik gambar bersama, perkara tersebut telah mendapat perhatian peminat dan ia mengundang tanda tanya, adakah itu suami terbaharu Fiza selepas bercerai dengan Adam pada Januari tahun lalu?
Menerusi beberapa keping gambar lagi, dapat disahkan bahawa memang benar lelaki bernama Jefri tu merupakan suami kepada Fiza Halim dan dia merupakan seorang juruterbang yang berstatus duda anak tiga.
Malah, Jefri juga memuatnaik beberapa keping gambar bersama Fiza di pagi raya dengan kapsyen;
“Raya pertama done with my wifey.”
Walaupun Fiza masih belum berkongsi tentang perkahwinannya bersama peminat, ia tidak menghalang peminatnya dari berkongsi kegembiraan ini dan mendoakannya terus bahagia dengan Jefri.
Tahniah juga dari kami Fiza!

logoblog

Thanks for reading Fiza Halim Muat Naik Gambar Raya Bersama Suami Di IG

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan