Header Ads

Erwin Dawson Ditipu Pelakon Gerak Khas?

Ooohai...Miss K baru ‘feeling-feeling’ nak berehat hujung minggu ni...Tiba-tiba banyak pula ‘notification’ emel yang masuk.

Belek punya belek...Akhirnya Miss K memilih untuk membuka emel dikirim ‘FD’ yang mendakwa dia sahabat kepada pelakon Erwin Dawson.

Erwin Dawson Ditipu Pelakon Gerak Khas?

Kata FD dia bertindak menghantar emel kepada Miss K kerana kasihankan Erwin berasakan dirinya telah tertipu dengan seorang pelakon baru.

Orangnya sado, khabarnya berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas! Disebabkan FD menghantar salinan laporan polis yang dibuat Erwin, maka Miss K rasa wajar untuk membantu Erwin.

FD tinggalkan nombor telefon dan Miss K hubungi dia untuk dapatkan ‘story’ yang lebih ‘details’.

“Kasihan Erwin tu Miss K. Saya tolong dia sebab dia kawan saya. Pada awalnya saya marah juga kepada Erwin kerana dia terlalu cepat percayakan orang.

“Agaknya mungkin kerana pelakon sado itu bermulut manis, Erwin kasihan dan beri pinjam wang sebanyak RM2,000 pada 1 Mei lalu kerana pelakon sado tu kata dia tak ada duit nak bayar sewa rumah.

“Tapi lain pula jadinya...dia janji nak bayar balik pada 15 Mei, tetapi nampanya janji tinggal janji Miss K oiiii!!

“Jadi, semalam Erwin buat keputusan untuk buat laporan polis kerana rasa dirinya tertipu,” bersunggh-sungguh FD bercerita.

Selain laporan polis Erwin, FD turut menghantar satu ‘screenshot’ seorang lelaki yang mendakwa dia turut ditipu pelakon drama tersebut.

Lelaki dikenali sebagai Bahalqram Abu Bakar itu turut membuat laporan polis dan meminta orang ramai berhati-hati kata-kata manis pelakon yang dikenali sebagai Mohd Ady Hafize Hanaffiah, 34.



Hai...entahlah..Kepada Ady Hafize, Miss K harap awak tampil ‘clearkan’ benda ni ya. Tak baik tau, masa awak susah, awak minta tolong dan lepas itu awak beri macam-macam alasan.

Selesaikanlah perkara ini baik-baik. Lebih-lebih lagi awak tu dah berlakon sekarang. Macam mana nak pergi jauh dalam industri kalau dah awal-awal lagi dah musnahkan kepercayaan orang lain.

Okay lah Miss K nak bersiap, pergi open house. Chow!

Miss K: Teringat pula kisah seorang penyanyi tinggalkan kekasih sedang sarat mengandung dan kahwin dengan wanita lain. Penipu durjana namanya!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.