Selasa, 13 Jun 2017

Uqasha Senrose Tak Perasan Kena Perli Dengan Neelofa

  Berita Premium       Selasa, 13 Jun 2017
Hadir ke sebuah program untuk mempromosikan drama terbarunya, Hero Seorang Cinderella, Uqasha Senrose baru-baru ini dikatakan telah disindir oleh pengacara program tersebut, Neelofa dan Nabil Ahmad. Tidak cepat melatah dengan hal ini, Uqasha enggan terlalu memikirkannya.



“Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacara Meletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku”

“Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi. Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun”

“Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai provokasi yang dilakukan oleh Neelofa dan Nabil terhadap Uqasha ketika program terbabit.

Terdahulu ketika Uqasha menghadiri program MeleTOP bersama pengarah, Micheal Ang dan pelakon, Zizie Ezette, Nabil dan Neelofa dilihat cuba membuat provokasi dengan memancing emosinya sehingga membuatkan Uqasha tampak tidak selesa dan kejadian itu turut disedari orang ramai.
logoblog

Thanks for reading Uqasha Senrose Tak Perasan Kena Perli Dengan Neelofa

Previous
« Prev Post