-->

Header Ads

Suami Adira AF Mahu Tambah Isteri Lagi?

Meriah industri hiburan tanah air sekarang dengan pelbagai kontroversi melibatkan pertambahan ‘cawangan’ yang di dominasi oleh kaum lelaki. Kini, suami kepada Adira AF iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red pula turut terpalit dengan perbualan bersama seorang wanita di Instagram.



Perkongsian beberapa screenshot yang dikongsikan di laman forum CARI itu juga turut mempunyai wajah Datuk Red sendiri selain dakwaan bahawa perbualan tersebut sebenarnya sudah terjadi sebelum Adira beranak lagi.

Bila jadi macam ini, teringat pula kenyataan Adira kepada Malay Mail Online yang mengakui redha jika suaminya itu berubah selain menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Tuhan.

Apa pun, hanya empunya badan mengetahui perkara sebenar tentang apa yang terjadi mengenai perbualan di Instagram tersebut. Buat isteri isteri Datuk Red, semoga semuanya baik baik belaka hendaknya.

Dikuasakan oleh Blogger.