Selasa, 13 Jun 2017

Saharul Ridzwan Pilih Muhamad Luth Ali

  Berita Premium       Selasa, 13 Jun 2017
KIRA-KIRA seminggu menimang cahaya mata, aktor Saharul Ridzwan memilih nama Muhammad Luth Ali untuk bayi lelakinya.



Tiga patah nama itu adalah inspirasi kepada dua orang nabi iaitu Muhammad dan Luth manakala Ali pula membawa makna ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’.

Pemilihan nama itu dibuat oleh Saharul Ridzwan pada majlis tahnik yang dilakukan oleh Finalis Akademi Al-Quran TV9 iaitu ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

“Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz Tarmizi.  Hari ini jatuhnya hari ke tujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami Muhammad Luth Ali Bin

Saharul Ridzwan. Membersarlah dengan sihat dan bijak anakku, sayanyi Allah, sayangi RasulNya, sayangi agamaNya, sayangi ibu-bapamu, InsyaAllah syurga buat kita,” kata isteri Saharul iaitu Qaabila Deena Emir.

Dalam pada itu Saharul Ridzwan pula berharap bayinya menjadi anak yang soleh selain berterima kasih kepada bapanya Hashim Yahya kerana membesarkan dia sehingga Saharul pula melalui pengalaman bergelar seorang bapa.

Bagaimanapun Saharul masih lagi menyembunyikan wajah anaknya ke pengetahuan umum.
Muhammad Luth Ali lahir pada 6 Jun lalu, anak pertama perkongsian hidup Saharul dan Qaabila Deena yang dibina pada 16 September 2016.

logoblog

Thanks for reading Saharul Ridzwan Pilih Muhamad Luth Ali

Previous
« Prev Post