-->

Header Ads

'Penduduk dah marah saya sebab awak ketuk-ketuk pintu rumah mereka, promote Astro'

1

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Viral rakaman video seorang pengawal keselamatan didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang pemuda hanya kerana mempromosi perkhidmatan Astro di kawasan kediaman tertutup. 

Dalam kejadian yang baru berlaku hari ini, Muhammad Hafizie mendakwa pengawal keselamatan terbabit melemparkan kata-kata kesat terhadap dia dan rakannya yang hanya mahu mencari 'sales lebih' di kawasan kediaman itu. 

"Datang dari Seremban naik EX5 saja tengah panas. Niat nak cari sales lebih sikit sebab nak raya, kan? Saya jumpa satu flat ini yang ada guard house. Jadi saya pun turun, beri salam dan perkenalkan diri.



1

"Saya minta izin darinya untuk masuk ke flat itu. Yelah, sebab kita masuk tempat orang, kenalah beradab," tulisnya di Facebook tiga jam yang lalu. 

Difahamkan, Hafizie dan seorang lagi rakannya datang ke flat untuk mempromosi perkhidmatan Astro. Kedua-duanya menghabiskan masa hampir sejam di flat tersebut dan berjaya memperolehi empat pelanggan. 

"Selepas turun dari flat itu, ternampak pengawal keselamatan itu menjerit-jerit ke arah kami, 'wey lancau dua orang, kau sini kejap', membuatkan saya terkejut. 
"Saya pun tanya dia kenapa? Dia kemudian meminta kad pengenalan kami dan memberitahu bahawa ada penduduk di rumah flat itu telah memarahinya," tulis Hafizie. 

Difahamkan, pengawal keselamatan itu dimarahi penduduk kerana membenarkan Hafizie dan rakannya membuat promosi Astro dari pintu ke pintu sehingga menyebabkan penduduk di flat berkenaan berasa kurang selesa. 

Namun Hafizie menegaskan sebelum masuk, dia sudah menjelaskan tujuan kedatangannya ke flat itu, malah meminta izin terlebih dahulu. 

Menurut pengawal keselamatan terbabit, dia menyangka Hafizie dan rakannya datang untuk membuat perkhidmatan servis piring Astro, bukannya membuat promosi Astro di flat berkenaan yang menyebabkan dia dimarahi warga penduduk di situ. Malah menjelaskan, dia hanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan di kawasan itu.

Dalam video tersebut, jelas Hafizie mengulangi kata-katanya bahawa mereka datang untuk melakukan servis, bukannya promosi seperti yang didakwanya. 



Pengawal keselamatan itu kemudian memberikan amaran kepada dua lelaki terbabit agar tidak datang lagi ke kawasan kediaman tertutup itu atau laporan polis akan dibuat jika didapati berbuat demikian. 

Di penghujung video, kedua-dua pihak dilihat sudah berdamai dan tidak mahu memanjangkan perkara itu. Namun Hafizie pula memuat naik video kejadian itu di Facebook menyebabkan netizen tertanya-tanya apakah motif Hafizie berbuat demikian. 

"Satu sajalah bang, kita Melayu, bulan mulia lagi. Saya respect kerja abang. Tapi abang tak patut cakap macam tu dekat saya. Saya pun bekerja, semua orang kerja. Sekurang-kurangnya kalau betul tak boleh masuk, cakap elok-elok dengan saya," tulisnya.

Video yang dimuat naik oleh Hafizie itu telah dikongsi 1,263 pengguna Facebook dan 1,200 likes sejak tiga jam yang lalu. 
Dikuasakan oleh Blogger.