Khamis, 8 Jun 2017

Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

  Berita Premium       Khamis, 8 Jun 2017
"KHAI Bahar itu hanya pangkat adik saya saja la," jelas Amira Othman apabila ditanya hubungannya dengan penyanyi itu.



Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan Amira, 24, sedang bercinta dengan penyanyi yang popular dengan lagu Bayang  itu selepas mereka dilihat duduk bersebelahan pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung pada bulan lalu.

Spekulasi mula hangat apabila Amira turut memuat naik foto bersama Khai di laman Instagramnya.

Kata Amira, dia tidak tahu bagaimana gosip itu timbul memandangkan dia dan Khai Bahar tidak pernah berhubung secara rapat kerana mereka hanya bertemu ketika di majlis atau acara hiburan sahaja.

"Kebetulan saja tempat duduk saya ketika itu bersebelahan dengan ibu dan bapa Khai. Bukan saya yang menentukan tempat itu. Saya ada dengar juga gosip ini tapi rasa kelakar pula.

"Saya gelar diri saya kakak dan panggil dia adik. Jadi, tak mungkin kami ini sedang bercinta," kata Amira ketika dihubungi mStar Online.

Amira memberitahu dia tidak berhajat mencari pasangan hidup dalam industri yang sama kerana dia seorang yang cepat cemburu.

"Kalau boleh saya memang tak nak bercinta dengan orang dalam industri seni. Saya ini cepat cemburu dan tak boleh tengok bila kekasih saya dengan wanita lain walaupun sekadar untuk bekerja," ujarnya yang masih lagi solo.

Namun, Amira tidak menolak jika ditemukan dengan orang yang sama bidangnya.

Dalam pada itu Khai pula ketika dihubungi mengakui dia ada ditanya mengenai gosip tersebut namun dia hanya mampu menjelaskan mereka tiada hubungan istimewa.

"Kelakar pun ada bila ramai yang bertanyakan saya soalan ni termasuk peminat-peminat. Hanya kerana tempat duduk kami bersebelahan tanpa dirancang, terus kena 'bahan' ya!" ujar jejaka 23 tahun ini.

"Khai tak pernah jumpa Amira secara peribadi dan kalau jumpa pun atas urusan persembahan pentas.

"Jadi, bila isu ni kecoh, Khai adalbertanyakan Amira macam mana nak settle (ketawa) dan pesannya, cakap aje la perkara betul yang antara kami tidak lebih daripada adik dan kakak sahaja," katanya.

Di satu sisi, kata Khai gosip tersebut tidak pula mengganggu emosinya selain menganggap ia secebis kisah dan asam garam yang perlu dilaluinya setelah bergelar artis.

Dalam perkembangan lain Khai bakal mengeluarkan single ketiga ciptaanya sendiri berjudul Luluh selepas Aidilfitri depan.


logoblog

Thanks for reading Khai Bahar Bukan Kekasih, Layak Sebagai Adik Sahaja - Amira Othman

Previous
« Prev Post