-->

Header Ads

“Kami Menafikan Hubungan Untuk Kebaikan Bersama Juga”

Mengambil keputusan untuk tidak menggunakan istilah ‘cinta’ dalam perhubungan mereka, Kamal Adli menyatakan bahawa dia dan Emma Maembong mempunyai cara tersendiri dalam membawa haluan hubungan mereka walaupun kadang kala Emma seakan menafikan hubungan di antara mereka.



“Kami menafikan untuk kebaikan bersama juga. Saya tidak mahu bercerita lebih kerana saya memang ambil berat kerana saya sentiasa rapat dengan dia. Tidak salah untuk saya ambil berat sama ada menjadi teman lelaki atau pun tidak. Saya memang rapat dan ambil berat”

“Saya tidak mahu bercerita lebih dan ia diuar-uarkan. Cukup orang tahu saya berkawan dengan siapa,” katanya kepada Malay Mail Online. Tambah Kamal, cerita tentang mereka sudah berlanjutan sehinga empat tahun dan orang boleh faham sendiri.

Katanya, jika terlalu bercerita mengenai perhubungan mereka, akan ada pihak yang menyampah dan perkara tersebut menjadi salah satu sebab mengapa mereka lebih gemar menggunakan istilah berkawan.

“Fokus saya memang dengan Emma. Saya tiada pun cakap berkawan dengan perempuan lain. Orang pun boleh faham cuma ada yang sengaja nak membuat situasi jadi tegang,” jelasnya.
Dikuasakan oleh Blogger.