-->

Header Ads

Gara-Gara Dodi, Rumah Aliff Syukri Diserbu Perhilitan

GARA-GARA dakwaan mendera kucing peliharaannya, rumah pengasas produk kesihatan popular, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman diserbu dua agensi penguat kuasa, kelmarin.



Kediaman Aliff yang terletak di Sungai Buloh, Selangor itu diserbu kira-kira 15 anggota dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhiliran) Selangor.

Operasi yang mengambil masa kira-kira sejam itu telah melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan kucing usahawan itu yang diberi nama Dodi.

Selepas pemeriksaan, pihak penguat kuasa mendapati tiada berlaku penderaan terhadap Dodi seperti mana yang diterima menerusi aduan orang awam.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut. Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya,” kata wakil tersebut, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Aliff berkata dia terkejut dengan kunjungan pihak penguat kuasa dan mengakui berasa kesal dengan laporan dan aduan pihak tertentu yang mendakwa dirinya mendera kucing baka Savannah yang dipeliharanya sejak dua tahun lalu itu.

Sehubungan itu, jejaka yang dikenali dengan tagline Terlajak Laris itu mengharapkan pihak di luar sana berhenti membuat dakwaan mengatakan dia mendera Dodi memandangkan dia tidak membuat sebarang kesalahan berhubung perkara tersebut.
Dikuasakan oleh Blogger.