-->

Header Ads

Dia tutup mulut, tumbuk perut dan muka' - Mangsa Cabul

1

ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian sebenar. 

"Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya dengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam. 

"Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya," demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul. 
Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri.



Sementara itu, ibu kepada lelaki terbabit, Rusni Saad, tidak percaya dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah. 

"Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri," katanya. 

Adik bongsu lelaki terbabit, juga terkilan abangnya tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan. -
Dikuasakan oleh Blogger.