Header Ads

'Dah lama padam aplikasi Bigo atau WeChat' - Sufian buat laporan polis

1

KUALA LUMPUR - Susulan dakwaan penyanyi Sufian Suhaimi mengganggu isteri orang di aplikasi Bigo Live dan WeChat, satu laporan polis telah dibuat oleh penyanyi itu di Balai Polis Sungai Abong, Muar, jam 4 pagi tadi.

Lapor Berita Harian, Sufian terkejut dengan dakwaan itu yang dimuat naik oleh suami kepada wanita berkenaan di Twitter kira-kira jam 2 pagi tadi.
"Saya terkejut dan mengambil tindakan pantas membuat laporan polis. Apa yang saya buat adalah untuk memperbetulkan keadaan. Saya bukanlah seperti yang didakwa individu terbabit, sebaliknya fitnah.

"Saya tidak bersalah dan buat semua ini kerana berada di pihak yang benar. Saya tidak takut,"katanya.

Dalam pada masa yang sama, Sufian menafikan dakwaan suami kepada wanita itu kononnya dia menganggu isterinya pada jam 7 malam, sedangkan dia sibuk nak berbuka puasa dengan keluarganya.

"Cukuplah dengan tindakan (laporan polis) ini agar tiada lagi yang terkena dengan mereka yang menyamar menjadi saya. Saya harap perkara ini tidak berpanjangan.

"Saya juga sudah lama memadamkan aplikasi Bigo atau WeChat di telefon bimbit," katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.