-->

Header Ads

"Bukan Menunjuk Buat Pahala, Tapi Promosi Telekung"

Gara-gara memuat naik gambar selfie di masjid selepas selesai melakukan solat terawikh tempoh hari, Janna Nick dikecam teruk oleh segelintir pengikutnya. Menyedari hal itu, Janna menjelaskan bukan niatnya untuk menunjuk dan peminat juga tidak berhak menentukan keikhlasan beliau.



“Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap! Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan. Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja mengenai orang lain”

“Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain. Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham,” jelasnya kepada m Star Online mengenai gambar selfienya di masjid yang dikritik.

Terdahulu, Janna telah memuat naik gambar selfie di masjid, berlatarbelakangkan pengarah, Shiela Rusly yang masih kusyuk solat. Tidak lama kemudian, ramai menyerang ruangan komen pelakon itu menyatakan Janna seolah tidak ikhlas melakukan ibadah kerana menunjuk.

Berang dengan komen-komen terbabit, Janna sempat membalas dakwaan mereka dan menjelaskan dirinya bukan menunjuk melakukan ibadah tetapi ingin mempromosikan telekung yang dipakaikanya. Diharap Janna sabar melayan kerenah peminat yang ada sahaja tak kena di mata.
Dikuasakan oleh Blogger.