Breaking News

Anak Elly Mazlein Dapat Duit Raya RM3,000

Apalah ertinya sambutan Aidilfitri buat kanak kanak jika tidak dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada mereka. Bagi anak Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia, pada tahun ini saja dia sudah memperoleh RM3,000 malah peminat Elly juga turut mengirimkan duit raya kepada anak sulungnya itu.



“Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api. Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa”

“Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang. Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000. Itu belum masuk wang yang dikirim peminat,” kongsinya kepada BH Online.

Sementara itu jelas Elly, kehadiran cahaya matanya itu membuatkan dirinya terasa lebih diterima ramai dan disayangi. Malah dia juga turut menyifatkan kehadiran Sefhia ibarat pengganti buat dirinya yang sudah kehilangan ibu tercinta.

“Malah, saya rasa lebih diterima dan disayangi. Paling terasa apabila ada Sefhia sebagai pengganti mama. “Kalau dulu, setiap minggu saya kerap ziarah pusara mama sebab sunyi, tetapi sejak ada anak, dialah peneman hidup saya,” jelasnya.