Selasa, 2 Mei 2017

Wanita Dakwa Dicabul Dalam Bas

  Berita Premium       Selasa, 2 Mei 2017
OHOR BAHRU: Seorang wanita warga Malaysia yang bekerja di Singapura mendakwa dirinya telah dicabul semasa menaiki bas ke Batu Pahat.



Mangsa, Xin Yan, 21, berkata, dia telah telah menaiki bas dari stesen bas Larkin untuk pulang ke rumahnya pada Ahad (30 April).

Kira-kira pukul 6 petang, seseorang telah memeluk pinggangnya dan meraba alat sulitnya dari tempat duduk belakang.

"Saya menoleh ke belakang dan seorang lelaki yang sedang duduk di belakang saya cepat-cepat berpaling ke arah lain," katanya di laman Facebook.

Dia kemudian tertidur dan apabila bas tiba di kawasan Simpang Renggam, dia berasa dadanya sedang diraba.

"Saya sangat terkejut, sukar mahu percaya apabila lelaki tadi yang duduk di belakang saya kini di sebelah saya.

"Dia segera kembali ke tempat duduknya. Saya pergi kepadanya dan menjerit 'you buat apa?'. Dia berpura-pura membetulkan penghawa dingin," katanya.

Mangsa segera memberitahu pemandu bas apa yang telah berlaku dan meminta agar lelaki yang mencabulnya itu tidak dibenarkan keluar dari bas.

Apabila bas sampai di perhentian bas Ayer Hitam, lelaki terbabit ingin turun dari kenderaan tetapi dia telah dihalang oleh penumpang lain yang menyuruhnya duduk.

"Bagaimanapun, apabila seorang penumpang turun dari bas di Parit Raja, lelaki itu berjaya melarikan diri menggunakan pintu kecemasan," kata wanita itu.

Dia berkata penumpang lain kemudian bertindak mengejarnya. Dengan bantuan orang lain di situ, mereka berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada pihak polis.

"Saya telah bekerja di Singapura sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berhati-hati tentang keselamatan diri. Saya tidak menjangka ini akan berlaku kepada saya," katanya.
logoblog

Thanks for reading Wanita Dakwa Dicabul Dalam Bas

Previous
« Prev Post