-->

Header Ads

Suara Tak Pecah Tapi Terlebih Teran - Siti Nurhaliza




Aku tak tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0) semalam tapi aku tahu la sedikit banyak sebab timeline twitter aku penuh dengan ulasan pasal anugerah tu. Ada pasal pengacara yang menjerit-jerit, ada pasal pelakon kayu, ada pasal baju buruk, ada pasal anak ikan, macam macam lagi la. Tapi yang paling aku tertarik mengenai persembahan Dato' Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu Segala Perasaan malam tadi. Katanya Dato' Siti Nurhaliza terkucil? Betul ke? Aku pun dapat tahu daripada video yang dikongsikan TV3 kat laman twitter. Siapa yang terlepas tu, boleh tengok Dato' Siti Nurhaliza terkucil bahagian "dirimu kekasihku" dalam video kat bawah ni.




Dengar tak? Haaa... Aku pun terkejut kot masa Dato' Siti Nurhaliza terkucil bahagian tu. Tak pernah aku dengar dia terkucil sebelum ni! Mungkin ada tapi aku bukan peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza jadi aku takde la tengok semua persembahan dia. Takpe la, benda dah jadi pun. Adat hidup, semua orang ada harinya. Dan semalam ternyata bukan hari Dato' Siti Nurhaliza. Aku rasa persembahan Dato' Siti Nurhaliza semalam antara yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan penonton ABPBH sebab tu pertama kali dia nyanyi lagu Segala Perasaan secara siaran langsung. Nak tak nak, Dato' Siti Nurhaliza kena tebus balik persembahan lagu Segala Perasaan malam tadi. Sebab aku yakin Dato' Siti Nurhaliza boleh buat lebih baik daripada semalam. 


Ehhh... Dato' Siti Nurhaliza ada respons mengenai persembahannya pada malam ABPBH tu kat laman instagram. Menurutnya, suara jadi macam tu malam tu sebab terlebih teran kat bahagian tu.

Dikuasakan oleh Blogger.