-->

Header Ads

Shahir Akhirnya Buka Mulut Sedia Kahwini Erra Fazira


KUALA LUMPUR: Selepas berteka-teki tentang cintanya dengan Erra Fazira, juara program Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir akhirnya mengakui hubungannya dengan aktres itu berada dalam fasa serius.

Image result for SHAHIR AF

Shahir yang ditemui ketika hadir pada pertandingan akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama pada malam Ahad memberitahu dia juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita itu.

"Apa yang boleh saya katakan doakan agar hubungan kami dipermudahkan dan Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan membuka mulut mengenai kesahihan hubungannya dengan Erra sebelum ini, Shahir berkata dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadi.

Malah kata Shahir, dia berasa bersalah apabila Erra yang terpaksa menjawab semua persoalan mengenai hubungan mereka.

"Saya tidak keberatan untuk bercakap mengenainya jika ditanya tetapi saya akui memang saya segan hendak bercakap soal peribadi.

"Jujurnya memang saya simpati dengan Erra yang terpaksa menjawab seorang diri tentang hubungan kami," ujarnya.

Dalam mStar Online 18 Mei lalu, Erra Fazira berkata, dia enggan lagi memikirkan secara serius soal cinta dan meletakkannya kepada ketentuan Allah.

Dikuasakan oleh Blogger.