Khamis, 18 Mei 2017

Redza Rosli Lelaki Yang Baik Dan Pemalu - Mak Aida Jebat

  Berita Premium       Khamis, 18 Mei 2017
Nampaknya pasangan ini terus menjadi perbualan hangat di kalangan peminat-peminat mereka, jikalau sebelum ini Redza Rosli dalam satu kenyataanya berkata dia sudah bersedia untuk bercinta dengan Ayda Jebat.


Terbaru, Ayda Jebat yang ditemui di Majlis Majlis Program Ramadan dan Duta Terima Kasih TV3 & TV9, memberitahu bahawa Redza sudah datang ke rumahnya dan bertemu ibunya semasa mereka berada di Melaka.

“Dia pernah datang rumah saya, jumpa keluarga saya, makan-makan semasa ada event di Melaka. Mak saya cakap jomlah ajak dia datang makan sekali, mak saya masak. Semalam pun baru jumpa mak saya semasa photoshoot. Mak saya cakap dia seorang lelaki yang baik dan dia pemalu,” katanya.

Tambah Ayda lagi, sifatnya yang pemalu dan bersahaja itu menarik minatnya untuk mengenali jejaka itu dengan lebih rapat. Malah sebelum ini Redza turut dianugerahkan Selebriti Lelaki Paling Seksi pada Malam Anugerah Stail Eh, 2017.

“Dia ini jenis pemalu, karakter pun pelik tapi saya senang untuk bercakap dengan dia. Seksi dia mungkin perangai malu. Pemalu itulah buat orang nak dekat dengannya,” katanya.
logoblog

Thanks for reading Redza Rosli Lelaki Yang Baik Dan Pemalu - Mak Aida Jebat

Previous
« Prev Post