-->

Header Ads

“Pengacara Sekarang Banyak Yang Sampah” - Azwan Ali

Selebriti, Azwan Ali mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang penyiaran. Menerusi majalah Pepatung, beliau ada memberikan pendapat bahawa pengacara zaman sekarang tidak mempunyai kualiti ataupun kredibiliti untuk mengacara. Kebanyakan pengacara ini hanya berdasarkan populariti semata-mata yang bertindak sebagai “pelaris” untuk sesebuah stesen televisyen.
Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini. Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.
Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat. Kebanyakan siaran langsung atau program yang kononnya berprestij cenderung mengutip semua bintang yang tidak memiliki kepakaran untuk menjadi pengacara. Mereka diangkat bersandarkan populariti dan faktor rupa semata-mata.
Berbicara tentang trend pelawak yang dipilih sebagai pengacara, Azwan berkata tidak salah untuk mereka menyelitkan unsur lawak jenaka ketika mengacara tetapi biarlah berpada-pada.
Bukan saya benci kepada bakat-bakat baharu. Malah hendak menyalahkan mereka pun barangkali tidak adil. Sebaliknya stesen TV dan pihak produksi perlu peka dan sensitif terhadap penetapan seseorang pengacara.
Begitu juga dengan bintang-bintang komedi yang mendominasi pelbagai rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dan menyelitkan jenaka dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai yang membuat lawak bodoh ketika siaran langsung sekali gus meranapkan prestij yang sepatutnya dipersembahkan.
Kami sebenarnya agak bersetuju dengan pendapat Azwan Ali. Tidak dinafikan, kadang-kadang agak bosan juga melihat pengacara yang membuat lawak entah apa-apa. Harapnya, dengan nasihat Azwan ini ada juga pihak yang membuka mata mereka tentang isu ini.
Dikuasakan oleh Blogger.