Rabu, 10 Mei 2017

'Pelamin anganku musnah', rugi RM3,600 ditipu Pak Andam

  Berita Premium       Rabu, 10 Mei 2017
 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Impian seorang wanita yang ingin melihat anak bongsunya bersanding di atas pelamin musnah apabila ditipu oleh seorang 'pak andam' yang didakwa menghilangkan diri pada hari perkahwinan itu, Sabtu lalu.



Lapor Harian Metro, wanita terbabit terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa mendapatkan perunding perkahwinan lain pada saat-saat akhir.

Sarifah Malek, 53, berkata, dia mengenali lelaki bernama Am, berusia 30-an itu selepas diperkenalkan oleh anak sulungnya yang pernah bekerja dengan lelaki itu, 10 tahun lalu.

"Dia menawarkan pakej berharga RM5,000 yang termasuk tiga pakaian pengantin dan pelamin. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding pakej yang ditawarkan oleh butik lain, saya bersetuju kerana mahu membantunya," katanya kepada Harian Metro.
Di atas kepercayaan itu, dia menyerahkan wang deposit sebanyak RM3,600 kepada Am. Bagaimanapun, tiba hari yang dijanjikan untuk pemasangan pelamin Jumaat lalu, Am menghilangkan diri menyebabkan Sarifah cuba menghubungi lelaki itu berulang kali.

"Dia hanya datang ke rumah saya pada jam 2 pagi, Sabtu. Saya terkejut apabila melihat pelamin dipasang tidak seperti yang dijanjikan, malah dia hanya membawa sepasang baju nikah, manakala dua pasang baju untuk majlis berinai serta bersanding tidak dibawa.

"Saya tidak puas hati dan meminta penjelasan daripadanya, tetapi dia meninggalkan rumah saya. Ketika itu saya panik kerana majlis pernikahan akan berlangsung pada jam 4 petang.

"Mujur ada ahli keluarga yang membantu mencarikan mak andam lain dan mereka datang memasang pelamin serta menyewakan dua pasang baju pengantin pada pagi itu. Saya terpaksa mengeluarkan RM2,500 untuk membayar mak andam berkenaan," katanya.

Sarifah yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia ada cuba menghubungi Am beberapa kali, namun lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Merasakan dirinya ditipu, Sarifah membuat laporan polis di Balai Polis Paroi untuk tindakan lanjut.
logoblog

Thanks for reading 'Pelamin anganku musnah', rugi RM3,600 ditipu Pak Andam

Previous
« Prev Post