Header Ads

Pelakon The Flash Sah Tunang Gadis Sabah

WASHINGTON DC – Dia muncul menerusi skrin TV sebagai adi wira Barry Allen dalam siri The Flash sejak 2014, namun Thomas Grant Gustin mencipta berita di Sabah, Malaysia baru-baru ini. Kisahnya bukanlah aksi lagak ngeri manusia penghapus jenayah jalanan diadaptasi daripada kartun popular terbitan DC Comics, sebaliknya cerita beliau mengesahkan pertunangan dengan gadis etnik Kadazan, Andrea Thoma.

Mereka sebenrnya mula berkenalan sekitar Januari 2016 dan khabar pertunangan pasangan tersebut yang diumum pada 29 April lalu namun hanya menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan awal bulan ini.

Kisah mereka berdua cuma didedahkan menerusi Instagram rasmi milik Gustin, 27, yang memaparkan Thoma dilihat merenung cincin pertunangannya dengan senyuman yang besar pada wajah sambil memeluk aktor itu.

Gustin merupakan anak seorang profesor kolej dan jururawat pediatrik di Virginia, Amerika Syarikat. Selain watak hero dalam The Flash dan Arrow sehingga kini, dia pernah berlakon dalam siri popular, Glee dari 2011 hingga 2013.

Image result for grant gustin

Menurut laporan sebuah portal, Andrea Thoma yang berdarah separuh Kadazan dilaporkan sudah bertunang dengan Gustin baru-baru ini.

Foto yang dimuatnaik ke akaun Instagram Gustin, Andrea dirakam memakai cincin pertunangan sambil dipeluk bintang adiwira berkenaan.





Gambar di atas adalah Andrea ketika kecil bersama keluarhanya. Melalui akaun Instagram Andrea juga, Andrea penah memuatnaik foto beliau dalam persalinan tradisional Kadazan. Dalam sebuah lagi foto, Andrea muatnaik foto beliau bersama neneknya dengan kapsyen ‘Tiga generasi wanita Majalap’.


Dikuasakan oleh Blogger.