Jumaat, 12 Mei 2017

Pelakon Afiq Anuar Malu Lakon Watak Lelaki Lembut

  Berita Premium       Jumaat, 12 Mei 2017
Sebelum ini Berita Premium pernah mengeluarkan cerita mengenai Afiq Anuar, bakal doktor dan dalam masa sama adalah seorang pelakon yang namanya makin meningkat naik. Pernah memegang watak penting dalam drama Jejak Karmila (TV3), nampaknya bakatnya mula di pandang penebit drama-drama popular termasuk Zeel Production.



Bercerita mengenai Drama Papa Nak Menantu, Afiq memegang watak lelaki lembut di dalam drama tersebut. Menurutnya pada awalnya dia berasa sangat segan dan malu berwatak sebegitu.

" Watak lembut bukan senang nak bawa. Pada mulanya sangat susah dan malu. Tapi lepas itu saya bagi lebih baik untuk watak tersebut"

"Watak lembut ini sebagai cabaran diri sendiri. Sebelum ini dalam jejak karmila saya pegang watak serius, tapi dalam drama Papa Nak Menantu saya berwatak lembut dan ada selit-selit komedi."

Drama Papa Nak Menantu di adaptasi dari novel  yang turut di bintangi oleh Hafidz Roshdi, Jaja Iliyes dan Rais Hazzlin akan ditayangkan selepas Hari Raya. Menurut Afiq Anuar drama adaptasi novel ada pro dan contra.

"Adaptasi novel ke drama ini boleh jadi promosi kepada drama itu sendiri kerana adanya novel. Dalam masa sama penonton juga nak tahu macam mana watak dalam novel di visual dalam TV."

tambah Afiq, dia mengindamkan watak aksi yang memaparkan aksi-aksi berlawan . Menurutnya dia dalam proses untuk mendapatkan tubuh badan  sasa untuk mendapatkan watak sedemikian.

Bercakap soal cinta, Afiq Anuar menafikan gosip yang mengatakan yang dirinya bercinta dengan Jaja Iliyes. Menurutnya Jaja Iliyas adalah kawan baiknya dalam drama Papa Nak Menantu.

Nantikan drama keluaran Zeel Production,  Papa Nak Menantu
A post shared by Fadzil Teh (@hj.zil) on
logoblog

Thanks for reading Pelakon Afiq Anuar Malu Lakon Watak Lelaki Lembut

Previous
« Prev Post