Rabu, 10 Mei 2017

Netizen Kecam Drama Menanti Februari : Dakwa Jalan Cerita Lari Dari Akidah

  Berita Premium       Rabu, 10 Mei 2017
Drama Menanti Februari lakonan Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sudah pun berakhir semalam. Tidak dinafikan drama ini mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penonton sehingga trending di Twitter setiap kali ia ditayangkan.



Walaubagaimanapun, episod terakhir semalam menjadi bualan yang cukup panas di media sosial. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penamat drama tersebut. Malah, ada pula yang mendakwa jalan ceritanya lari daripada akidah.

Persoalan utama netizen ialah tentang taraf perkahwinan seseorang isteri itu yang berkahwin lain saat suaminya hilang di lautan.


SINOPSIS MENANTI FEBRUARI
Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.
Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
Oleh itu, mari kita tonton penjelasan  daripada Ustaz Azhar  Idrus mengenai taraf sah perkahwinan mereka :-

Mungkin isu ini timbul kerana ramai yang tidak puas hati dengan “ending” Menanti Februari.  Apa pula pendapat korang?
logoblog

Thanks for reading Netizen Kecam Drama Menanti Februari : Dakwa Jalan Cerita Lari Dari Akidah

Previous
« Prev Post