-->

Header Ads

Nedim, Nora Danish Tenang Hadap Dakwaan Fasha Sandha

Mana lagi tumpahnya kasih sayang suami jika bukan ke isteri dan tidak mahu isterinya terus menjadi bahan kecaman di laman sosial, Nedim Nazri mempertahankan Nora Danish di atas dakwaan Fasha Sandha terhadap isterinya itu.



Dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram itu, Nedim menjelaskan dakwaan Fasha bahawa pelakon wanita berkenaan dihalau di atas arahan Nora Danish adalah tidak benar sama sekali. Nedim juga menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

Sementara itu, prihatin dengan kenyataan yang diluahkan oleh suaminya itu, Nora turut memuatnaik sekeping gambar dengan caption ringkas. Bahagian komen Instagram Nora Danish juga pastinya menjadi lubuk peminat berbalah menegakkan selebriti kesayangan masing masing.


Malah, Nora juga menerusi ruangan komen di Instagramnya turut membalas komen netizen dengan menyatakan satu hari kebenaran akan terbukti.
Erm, nampaknya kedua-dua pihak telah tampil dengan kenyataan mereka tersendiri. Kami tidak tahu apa yang sudah berlaku, tetapi harapnya isu ini tidaklah berpanjangan. Bagaimanapun, mereka berdua tetap berada di dalam industri yang sama dan cubalah untuk tidak bermasam muka.


Tidak tahu lagi bagaimana kesudahan pertelingkahan ini. Harapnya semua mampu berbaik semula atau sekurang-kurangnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Dikuasakan oleh Blogger.