Header Ads

Ludah Jilat Balik, Shaheizy Sam Di Kencam "Jual Anak"

Sebelum ini Shaheizy Sam ada mengatakan bahawa dia dan isterinya tidak akan menjual hak eksluksif tentang anaknya. dan dalam masa sama tidak mahu membuka akaun instagram milik anaknya.

Image result for shaheizy sam beritapremium

“Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada sesiapa,” jelasnya kepada Utusan Mingguan.

Bukan itu sahaja, malah Sam juga tidak berhajat untuk membuka akaun Instagram untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Tetapi jika ada peminat yang ingin melihat perkembangan anak mereka, hanya boleh dilihat menerusi akaun Instagram pasangan itu sahaja.

Namun hari ini sepertinya shaheizy sam menarik balik kenyataan tersebut.

Walaubagaimanapun, Sam sudah berubah fikiran dan merencana untuk membuka akaun Instagram anaknya pada hari pertama dilahirkan bagi mengabdikan kenangan dan pembesaran cahaya mata sulung beliau nanti.
Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar. Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.

Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata.
Sam pada masa yang sama merasa terujanya untuk menimang cahaya mata lelaki sulung pada bulan Mei ini. Menurut Sam, beliau akan berehat seketika daripada sebarang penggambaran dan ingin memberikan fokus kepada keluarganya.
Dikuasakan oleh Blogger.