-->

Header Ads

“Lelaki Melayu Penyayang Dan Kelakar” - Elizabeth Tan

Tidak menghebahkan hubungannya bersama lelaki Melayu yang baru saja putus baru baru ini, penyanyi Elizabeth Tan mengakui tidak serik untuk bercinta dengan lelaki Melayu dan mempunyai sebabnya yang tersendiri.



“Apa yang saya suka daripada orang Melayu ini, kalau mereka sayang seseorang itu, mereka akan meletakkan orang yang disayangi itu sebagai keutamaan. Lagi satu, kenapa saya lebih suka lelaki Melayu kerana mereka kelakar,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, menyentuh mengenai kisah cintanya yang sudah berakhir kira kira dua minggu lalu ternyata memberi kesan kepada dirinya walaupun hanya sempat membina cinta selama empat bulan.

“Kami putus sebab banyak isu yang berlaku sepanjang bersama. Pada masa sama, sepanjang empat bulan bercinta saya belajar banyak benda. Saya memang suka lelaki Melayu sejak di bangku sekolah lagi”

“Tetapi dia (lelaki yang baru putus cinta dengannya dua minggu lalu), satu-satunya lelaki yang saya sudah bawa jumpa keluarga. Saya sangat menyayanginya dan hubungan kami memang serius ketika itu. Sayangnya tidak berpanjangan,” jelasnya lagi
Dikuasakan oleh Blogger.