-->

Header Ads

Konflik Fasha, Nora Sebab Salah Info – Zed Zaidi

PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi percaya persengketaan yang berlaku antara pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish adalah disebabkan salah infomasi daripada pihak penganjur itu sendiri.

Menurutnya, ini berdasarkan kepada pengalaman dirinya sendiri pernah bekerja dengan kedua-dua bintang tersebut dan mereka sememangnya antara selebriti yang bersikap profesional.
Oleh itu, Zed berharap pihak penganjur dan syarikat yang bertanggungjawab mengambil serius perkara ini supaya isu tidak berpanjangan sekali gus tampil menceritakan hal sebenar.
“Konflik antara mereka berlaku sebab persepsi dan salah infomasi. Orang ini cakap macam ini, orang itu pula cakap macam itu.
“Saya kenal dua-dua selebriti ini. Mereka orangnya beretika dan perkara ini takkan jadi kalau pihak penganjur tidak masuk campur.
“Kalau pihak penganjur profesional, insiden persengketaan ini tidak akan terjadi.
“Dalam hal ini, kita kena ambil kira cerita semua pihak sama ada daripada Fasha, Jakel, pihak penganjur dan Nora.
“Pihak penganjur pun kena terangkan hal sebenar kepada semua peminat sehingga menyebabkan Fasha mendakwa sedemikian di Instagramnya,” katanya kepada Mynewshub.
Dalam pada itu, Zed memberitahu dia bakal bertemu dengan pihak penganjur acara Fenomena Aidilfitri 2017, Glass Go Media bagi membincangan isu ini, Isnin depan.
Terdahulu, Fasha mendakwa telah dihalau di majlis fesyen show berikutan ada seorang artis konon akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya dia hadir ke majlis berkenaan.
Bagaimanapun, pihak penganjur menafikan terdapat kejadian tarik diri mahupun halau-menghalau dalam acara tersebut.
Namun, satu video Live yang dirakam jurumekap Nur Sajat yang dikenali sebagai Giebam ketika jelitawan itu menerima panggilan daripada pihak penganjur bagai mengesahkan dakwaan Fasha.
Dikuasakan oleh Blogger.