-->

Header Ads

Keluarkan Duit Taja ABPBH, Datuk Seri Vida Mahu Naik Atas Pentas

Kemeriahan ABPBH 3.0 semakin terasa. Hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja sebelum anugerah penuh berprestij ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada 14 Mei ini. Kali ini, ABPBH 3.0 ditaja oleh Datuk Seri Vida yang merupakan pengasas produk kecantikan Vida Beauty. Seperti yang diketahui umum, Datuk Seri Vida memang sering memberi penajaan rancangan hiburan dan keletahnya turut sama dinantikan para penonton.
datuk seri vida
Untuk ABPBH 3.0 kali ini, para penonton boleh menantikan keletah comel dan lucu Datuk Seri Vida di atas pentas. Beliau memaklumkan keinginannya untuk naik ke atas pentas. Sudah tentu ia sesuatu yang boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan. Lagipun dah bagi tajaan juta-juta, takkan nak naik pentas tak boleh kot? Kata Datuk Seri Vida:-
Setiap kali nak keluarkan tajaan, semestinya saya mahu perjuangkan hak saya. Kita keluarkan duit, tapi terhegeh-hegeh pula merayu nak iklankan produk. Sekarang ini saya terpaksa bawa alat ukur tekanan darah setiap kali nak berurusan dengan pihak seperti ini. Hakikatnya saya tak perlu buat tajaan untuk mereka.
Tajaan ini sudah seperti makanan saya, bukan perkara baharu. Tapi saya tak sangka mereka begitu berkira dan ‘kemut’. Tak terfikir pula mereka hanya beri klip promosi opening dan closing, saya memang tak sangka skrip pun mereka nak kira.
Saya kena lebih bijak. Bagi tajaan majlis anugerah kali ini, saya nak pastikan produk saya menjadi sebahagian daripada anugerah.
Saya juga nak naik pentas, duduk bawah sahaja tak best, itu cara lama.
Secara jujurnya, Abang Nara suka melihat kelibat Datuk Seri Vida di atas pentas mana-mana rancangan hiburan. Salah satu sebab Abang Nara layan Gegarvaganza pun sebab nak tengok apa kejutan Datuk Seri Vida setiap minggu. Memang akan ketawa berdekah-dekah. Semoga ABPBH 3.0 akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran beliau. Sama-sama kita nantikan. 
Dikuasakan oleh Blogger.