-->

Header Ads

Kelalaian Dari Pihak Saya – Penganjur Mohon Maaf Jadi Punca Situasi Tegang Fasha Sandha & Nora Danish

Semalam viral di media sosial situasi tegang antara Fasha Sandha dan Nora Danish apabila Fasha memuat naik foto beserta status menceritakan insiden salah faham yang berlaku di acara pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017. 
Oleh itu, penganjur acara itu yang ditemui pada sidang media di Publika malam tadi telah mohon maaf dan menjelaskan salah faham yang berlaku. Diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Hanya salah faham, kelalaian dari pihak saya

Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media, Amir Rizuan Ali yang ditemui dalam satu sidang akhbar tergempar di Publika malam tadi menyatakan kemelut ini adalah berpunca daripada salah faham daripada pihak mereka.
“Kejadian yang berlaku tiada kena mengena dengan Nora Danish atau Fasha Sandha dan ia sebenarnya atas kelalaian daripada pihak saya.
“Pada malam tersebut tiada sebarang kejadian melibatkan tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau dan ia merupakan satu salah faham.
“Jadi, saya mengambil sepenuh tanggungjawab atas perkara yang terjadi dan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
“Saya memohon agar netizen dan peminat menghentikan spekulasi dan tidak terus menyebarkan fitnah,”

Mohon maaf kepada Fasha Sandha & Nora Danish

Beliau juga berkata akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas isu kekecohan yang melanda dua selebriti popular Fasha Sandha dan  Nora Danish.
“Ia adalah atas kesilapan saya sendiri dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara ini. Saya akan berjumpa Fasha sendiri dan cuba membetulkan keadaan.
“Pada kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf kepada Nora dan Fasha Sanda yang terjejas daripada salah faham yang berlaku,” ujarnya.
Diharapkan orang ramai tidak terus membuat spekulasi sendiri berkenaan isu ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
sumber : Astro Gempak , mstaronline
Dikuasakan oleh Blogger.