-->

Header Ads

Juliana Evans Selamat Jadi Isteri Kerabat


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Juliana Evans selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihannya Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 27, dan jejaka yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd. Rasid Mahful dalam sebuah majlis tertutup.

Pelakon filem Hantu Bonceng dalam satu kenyataan kepada mStar Online meluahkan syukur kerana majlis ijab dan kabul itu berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-belah pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah dan kini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga.

"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami. Saya akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini," ujarnya.

Juliana dan Tengku Shariffuddin menjalinkan hubungan istimewa sejak dua tahun lalu.
Majlis resepsi pasangan itu dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Dikuasakan oleh Blogger.