-->

Header Ads

Janna Nick Cuba Elak Bercinta Dengan Pemain Bola

Pelakon Janna Nick yang kita sedia maklum merupakan peminat setia kepada pasukan bola sepak negeri Kedah, ini terbukti apabila pelakon ini sering kali ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak apabila pasukan kegemaran turun beraksi.


Bagaimanapun, pelakon ini tidak pernah terlintas untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana pemain bola sepak mahupun bersama pasukan kegemarannya itu.

“Saya cuba elakkan, lagi pun saya tidak tahu bagaimana sikap pemain bola, bukan apa saya tak nak suami saya sakit, penat dan sebagainya,” katanya yang ditemui di Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH 3.0)

Tambahnya lagi, belum ada lagi mana-mana daripada pemain bola sepak yang cuba untuk mengenalinya kerana katanya dia ke sana hanyalah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak semata-mata.

“Tak ada pula orang yang cuba, lagipun saya terus balik, tak ada nak ‘hai-hai’. Memang betul- betul ikhlas nak tengok bola,” katanya yang masih belum bersedia untuk berkahwin.

Sementara, itu Janna Nick buat pertama kalinya telah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Drama Wanita Popular ABPBH 3.0. Sekalung tahniah diucapkan.
Dikuasakan oleh Blogger.