-->

Header Ads

Hentak kepala abang sehingga mati kerana tanah pusaka



BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Seorang lelaki maut selepas kepalanya dihentak dengan alat pemadam api oleh adiknya di Kampung Sama Gagah, jam 7.50 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 59 tahun dan adiknya, 48 tahun dilaporkan bertengkar mengenai isu tanah pusaka sebelum suspek mengambil alat pemadam api dan menghentak kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya yang tiba sejurus dimaklumkan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah.

Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan, mangsa telah meninggal dunia.

Polis kemudian menahan suspek di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dikuasakan oleh Blogger.