-->

Header Ads

Hazama Nafi Ajar Usop Mentor Milenia Untuk Tidak Beri Nombor Telefon Kepada Wartawan

Sebelum ini, beberapa wartawan tempatan menyelar sikap penyanyi baru, Usop Mentor Milenia 2017 yang enggan memberikan kerjasama dan dikatakan agak kekwat untuk memberikan nombor telefonnya kepada pihak media. Malah, Usop eminta pihak media mendapatkan nombor telefon menerusi laman Instagram dan ia memberikan tanggapan yang kurang baik terhadap beliau yang baru sahaja memasuki industri hiburan.

Image result for hazama usop

Minggu lepas, Usop dalam satu kenyataan memberitahu beliau bukan bersikap diva tetapi hanya mengikut arahan mentornya, Hazama yang memberitahu beliau tidak perlu memberikan nombor telefon kepada mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, Hazama menerusi portal Harian Metro berkata beliau hanya memberitahu Usop untuk tidak memberikan nombor telefon kepada orang yang tidak berkaitan ataupun dikenali dalam industri muzik sahaja.

Nampaknya, Usop sudah salah faham dengan apa yang dikatakan oleh Hazama. Biasalah, orang baharu pasti akan melakukan kesilapan kerana masih lagi hijau dalam industri hiburan Malaysia. Harapnya, salah faham ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Dikuasakan oleh Blogger.