Ahad, 7 Mei 2017

Gambar Di Sekitar Majlis Akikah & Cukur Jambul Anak Adira

  Berita Premium       Ahad, 7 Mei 2017
Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada awal Mac lalu, semalam Adira Suhaimi dan suami telah melangsungkan sebuah majlis Akikah dan cukur jambul anak perempuan mereka, Anggerik. Majlis tersebut telah diadakan dengan meriahnya di Kelab Golf Bukit Rahman Putra pada petang semalam.
Majlis cukup indah itu turut dikongsi menerusi akaun Instagram Adira untuk tatapan peminat. Kelihatan pada majlis itu, Adira manis sekali mengenakan baju berwarna ungu, sedondon bersama suami, Datuk Red dan Anggerik.
Manakala menerusi laporan terdahulu, sejak melahirkan anak, Adira telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 25 kilogram tanpa mengamalkan sebarang diet. Malah katanya, mungkin kerana beliau berdisplin dalam proses berpantang selepas bersalin membuatkannya cepat kurus.
“Semasa mengandung berat badan saya mencecah 74 kilogram dan Alhamdulillah selepas dua bulan bersalin kini hanya 49 kilogram sahaja. Jujurnya saya memang tak amalkan diet dan senaman yang ketat kerana bersalin secara pembedahan dan hanya berpantang biasa”
“Mungkin faktor saya menyusu badan menjadi antara faktor saya cepat kurus,” jelasnya kepada m Star Online mengenai proses berpantang yang dilaluinya dengan berdisplin kerana bersalin secara pembedahan sebelum ini.

logoblog

Thanks for reading Gambar Di Sekitar Majlis Akikah & Cukur Jambul Anak Adira

Previous
« Prev Post