Header Ads

Fattah Bukan Pelakon “Kayu” Kami Dating Untuk Dapatkan Keserasian Ketika Berlakon – Nur Fazura

Gelaran pelakon kayu terhadap Fattah Amin bukanlah satu perkara baru. Ada yang menganggap Fattah popular hanya berdasarkan paras rupanya sahaja. Walaubagaimanapun, pelakon Nur Fazura yang bergandingan dengan Fattah menerusi drama Hero Seorang Cinderella mengatakan dakwaan tersebut tidak benar.
Secara jujurnya, ketika hari pertama di set penggambaran kami sama-sama nervous. Memang nampak Fattah gementar, mungkin teringat dengan kritikan yang diterima sebelum ini membuatkan dia terkesan sedikit.
Sekarang saya berani mengatakan, Fattah Amin bukan pelakon kayu! Dia berbakat besar cuma mungkin dia takut untuk explore pada mulanya. Bukan mudah untuk mencipta chemistry. Kami banyak luang masa bersama di set, malah hari pertama dia datang berjumpa saya dan meminta untuk lakukan rehearsal.
Salah satu cara Fazura untuk mendapatkan keserasian bersama Fattah adalah dengan mengajak pelakon lelaki itu untuk “dating” bersamanya.
Pada masa yang sama, Fazura menafikan dakwaan kononnya Fattah sengaja mempergunakan namanya untuk meraih populariti.
Saya rasa dia seorang pelakon yang tidak mengejar populariti. Saya sendiri pun tak rasa diri saya popular, jadi tak adil untuk orang kata dia menumpang populariti saya. Fattah mempunyai penyokong yang kuat dan peminat dia sangat sayangkannnya. ABPBH kali ini juga saya ramal dia akan menang beberapa anugerah.

Sebenarnya lakonan Fattah sudah semakin baik berbanding ketika awal kemunculan beliau menerusi drama Playboy Itu Suami Aku. Fattah pun masih baharu lagi di dalam industri lakonan dan belum mempunyai pengalaman yang luas.
Dikuasakan oleh Blogger.