-->

Header Ads

Digelar Pengkhianat,Mata Duitan, Apa Jawab Aidil?

SEJAK empat nama ini iaitu Mohd. Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal diumumkan akan kembali bersama skuad kebangsaan, cukup ramai peminat lemparkan kritikan pedas di media-media sosial.

Aidil Zafuan

Pengkhianat negara, mata duitan dan muka tidak tahu malu, itu antara panggilan negatif diberikan netizen-netizen seolah mahu lepaskan geram selepas ketiadaan mereka sepanjang setahun ini dengan pasukan negara.

Bagaimanapun,  Aidil enggan ambil pusing segala kata-kata sebahagian peminat kerana dia hanya mahu pandang ke depan bersama skuad negara melalui pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Paling mustahak, dia berasa begitu segar memulakan buku baharu di bawah kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Saya tahu ramai peminat di luar sana pandang sinis dan kritik dengan pelbagai gelaran kepada saya dan rakan lain bila kami kembali bersama pasukan kebangsaan.

"Namun apa jua yang telah berlaku sebelum ini, biarlah saya sahaja yang rasa kerana mereka mungkin tidak faham pendirian saya bila ambil keputusan untuk bersara sebelum ini.

"Apa jua pandangan pihak mereka, saya akan anggap sebagai satu cabaran kerana bukan mudah hendak tutup mulut semua pihak.

"Sekarang hanya mahu fikirkan aksi dengan skuad negara dan makin tidak sabar kembali turun jalani latihan.

"Selepas setahun tidak bersama, saya kena kembali beri saingan jika mahu dapatkan tempat dalam kesebelasan utama, " katanya.

Rakan sepasukannya, S. Kunanlan, pula hanya mahu fikirkan aksi skuad negara malah akui cukup rindu suasana ketika bersama pasukan Malaysia.

Perkara yang paling menyedihkan Kunanlan ialah semasa lihat rakan sepasukan beraksi di kaca televisyen semasa Piala AFF 2016, tahun lalu.

"Memang terasa sangat bila tengok Piala AFF dulu, saya rasa hampa tidak dapat bantu rakan-rakan semasa di Myanmar yang saksikan kita tersingkir awal.

"Kini, saya kembali bersemangat bila ketahui nama ada dalam senarai 26 pemain yang akan jalani pemilihan lawan Lubnan.

"Harap saya dapat terpilih dan saya janji akan berikan sehabis baik pada kali ini, " katanya


Dikuasakan oleh Blogger.