-->

Header Ads

Datuk Seri Vida Tarik Balik Produk Haram

Ini bukanlah kali pertama produk kecantikan keluaran Datuk Seri Vida ditarik balik dari pasaran kerana mengandung bahan berbahaya. Kali ini dua lagi produk Qu Puteh telah tersenarai dalam produk yang mempunyai racun berjadual oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



“Saya akan semak kes ini dan saya berharap pengguna tidak cepat melatah dan membeli produk saya dengan ejen bertauliah,” katanya kepada Projek MMO selepas dua produk kecantikan keluarannya ditarik balik.

Sementara itu, syarikat usahawan itu, Vida Beauty Sdn Bhd telah menarik balik dua produk itu dari dipasarkan ke pasaran selepas menerima notis daripada Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun menurut, Datuk Vida, produknya itu telah ditarik balik dari pasaran dua bulan lalu.

Semalam Kementerian Kesihatan telah menyenarai tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Antaranya, Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Terdahulu, pada 22 Januari 2016, krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block telah ditarik balik setelah pemerikasaan Kementerian Kesihatan kerana mengandungi merkuri yang berbahaya.
Dikuasakan oleh Blogger.