Khamis, 25 Mei 2017

Dahi dijahit, cedera & lebam seluruh badan akibat didera ibu kandung & teman lelakinya

  Berita Premium       Khamis, 25 Mei 2017


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun cedera di dahi dan lebam di seluruh badan termasuk kemaluannya, dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya.

Menurut Dhia Syeeraz yang memuat naik gambar dan pendedahan itu berkata, mangsa didera oleh ibu dan teman lelakinya yang dipercayai dilakukan dibawah pengaruh dadah.

Mangsa cedera dan lebam di seluruh badan sehingga menerima belasan jahitan di bahagian dahi, pendarahan di kemaluan dan disyaki terkena jangkitan kuman di hati.

Bapa mangsa yang terkejut mendapati keadaan anaknya itu, telah membuat laporan polis semasa di hospital. Namun dilaporkan telah ditolak.







Justeru, Dhia meminta orang ramai membantu mengesan dua suspek terbabit agar dapat dihadap ke muka pengadilan. 

Difahamkan mangsa kini masih berada di hospital untuk menerima rawatan susulan
logoblog

Thanks for reading Dahi dijahit, cedera & lebam seluruh badan akibat didera ibu kandung & teman lelakinya

Previous
« Prev Post