-->

Header Ads

'Dah lama kahwin takkan takde anak lagi? Kesian suami kau'



Pasangan mana yang tidak ingin zuriatnya sendiri? Tambahan pula, kehadiran anak itulah yang amat dinanti-nantikan oleh suami isteri, termasuklah ahli keluarga yang lain.

Namun, ada juga jenis manusia yang mulut cakap lepas bila berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang, terutamanya pada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

"Janganlah dihina orang yang sedang menanti zuriat. 'Eloknya' awak perli orang yang sedang menanti zuriat sedangkan awak sedang mengandung.

"Ibu-ibu sekalian, bacalah. Sepatutnya dia mendoakan untuk kawannya yang sedang menanti cahaya mata. Saya baca pun sakit hati. Bertabahlah," tulis Zarith Najwaa Abd Malik.

 Rasa geram saja hari ini. Baru saja bersembang-sembang dengan suami, seronok-seronok, tiba-tiba dapat mesej seperti ini. Maaf ayat yang terakhir itu, dah tak tahan sangat geram.








Mohon kalian semua mendoakan saya dikurniakan rezeki anak dan saya doakan anda semua dikurniakan rezeki anak yang soleh dan solehah. Amin. 

Usahlah diperli atau dihina mereka yang sudah lama menanti cahaya mata. Rezeki setiap pasangan adalah berbeza dan sudah pasti ada hikmahnya mengapa lambat atau cepat. Bila mengandung, mulut hendaklah dijaga. Jangan sampai keceluparan mulut itu membinasakan diri atau bayi yang dikandung. -

 
Dikuasakan oleh Blogger.